Medical Family Day at The Dash Resort, Langkawi
Assalamualaikum dan Hai.
Entry kali ini aku nak menulis pasal Medical Department of Hospital Sultanah Maliha Family Day 2020 yang telah diadakan di The Dash Resort, Langkawi pada 20 Ogos lepas. Dan aku salah seorang ahli jawatankuasa yang diketuai oleh my physician who made this event happenned. Bukan mudah ya sebab dah lama gila aku tak involve dalam hal-hal macam ini. Kali terakhir adalah pada zaman belajar medik dulu. Nasib baik sempat ada 2 kali meeting dalam kesibukan bekerja. Whatever it is, the event was a success.
Setelah berhempas pulas mencari lokasi terbaik, my physician manage to negotiate with The Dash Resort yang terletak di Pantai Tengah, Pulau Langkawi. That was my first time being there and the resort was superb. Alhamdulillah also cause the weather was damn good that day. My definition of good weather on that day is asalkan tidak hujan.
Terdapat dua sesi iaitu medical family day di sebelah petang sementara di sebelah malamnya pula ialah medical night. Dan macam biasa acara bermula dengan ketibaan para guests sekitar selepas Zohor.
Setiap guests yang sampai akan ke lobi resort terlebih dahulu untuk mendapatkan gelang rainbow (bukan gelang pink atau putih yang tengah hangat di pasaran pandemic sekarang ini) untuk dipakai sepanjang event. Dan bagi yang menempah bilik boleh terus check in sebelum turun ke kaunter registration.
Setiap guests akan dapat goodie bag berisi cenderamata dan nombor cabutan bertuah. Dan setiap guests akan dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut warna yang tertera pada goodie bag masing-masing. Ya, seperti hari sukan ya tuan-tuan dan puan-puan.
Team purple.
Team blue.
Team green.
Team yellow.
Team red.
Tentative bermula dengan short welcoming speech by our head of department sekaligus merasmikan acara.
Tapi sebelum permainan bermula, setiap kumpulan bergambar terlebih dahulu sebelum masing-masing comot dan berlemoih.
Game pertama diberi nama Charade iaitu teka peribahasa. Setiap wakil kumpulan perlu lakonkan peribahasa untuk diteka oleh ahli kumpulan masing-masing. Master of the game ialah our own head of department.
Aku pun give up dengan diri aku sendiri sebab tangan tak bedung untuk cabut dan lakonkan peribahasa. Haha.
Game kedua diberi nama Hum It Out iaitu humming playlist lagu. Dan aku master of this game. Haruslah pilih permainan yang berunsur terkini dan hipster gitu.
Wakil setiap kumpulan akan humming beberapa lagu dari pelbagai genre seperti Melayu/ English/ Korean/ Hindi/ Dangdut dan ahli kumpulan perlu meneka tajuk lagu tersebut. Tidak dibenarkan untuk menyanyi kerana back to my definition of good weather. Lol.
Game ketiga diberi nama Boling Pantai. Dari nama pun sudah tahu macam mana permainan tersebut. Maaflah sebab ini blog aku maka banyaklah gambar aku hee.
Game keempat diberi nama Semakin Hari Semakin Sayang. Saya tak pasti sudah timbul ke bibit-bibit sayang untuk peserta seperti dalam gambar di atas. Eh.
Permainannya mudah sahaja iaitu melemparkan belon berisi air ke belakang untuk disambut sambil memastikan belon tak pecah baju tak basah gitu.
Game terakhir diberi nama Mystery Box. Seperti saya di atas yang menunggu jodoh yang masih misteri tiba.
Setiap peserta perlu mengutip guli di dalam mistery box tersebut yang di dalamnya juga ada pelbagai benda misteri. Jangan risau, tiada hidupan yang terjejas dalam proses bermain permainan ini.
Selesai permainan diikuti pula dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar. Hadiah diberikan kepada tiga kumpulan teratas.
Tempat Ketiga.
Tempat kedua.
Tempat Pertama.
Wakil Wad Lelaki.
Wakil Klinik Pakar.
Wakil Physicians dan Medical Officers.
Acara diteruskan pula pada sebelah malamnya iaitu medical night bertemakan Retro & Vintage.
Sunset sangat cantik by the way. Dan dapat makan di tepi pantai ni emosi dia lain macam. Maaflah sebab dapat saya yang emotional endurance ni lol.
Sambil memunggu ketibaan guests, bolehlah jamu mata dulu tengok persiapan dinner oleh The Dash Resort.
nice sharing. rasa macam nak start a blog jugak. huhuhu
ReplyDelete