Posts

Showing posts from November, 2014

aishiteru..!

Image
Assalamualaikum. Hai. Beberapa minggu lepas aku berkelakuan pelik. Selepas selesai solat, aku menadah tangan memohon doa berkenaan jodoh. Tak pernah-pernah jodoh termasuk dalam skrip doa aku. Sekarang ini berada dalam posting obstetrics and gynaecology. Sebuah posting yang memenatkan sehingga tidak sempat makan. Itu sungguh melampau. Terlalu lama berdiri juga membuatkan kaki ini sudah penat dan tak bermaya di bilik. Malangnya tidak ada orang yang sudi mahu urut. Haha. In this final year, I got new postingmates. Irritating. Yes. Hari ini aku sungguh irritate dengan postingmates aku ini. Seperti mahu singgah tapak tangan di muka. Tapi siapa aku? Seolah-olah menumpang dalam group mereka. Biarlah. Mereka sudah setahun bersama. p/s: bersabarlah duhai hati BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

matahari..!

Image
Matahari tak cukup indah Pada pagi yang suram ini Malam ku resah kerana Malam mungkin kelam Bumi indah cinta punah Bintang-bintang tumpang berduka Merata nasib Kenapa hari ini Matahari bangunlah Indahkan hari ini Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami Matahari bangkitlah Indahkan hari ini Engkau perlu hidupkan semula cinta kami Lupakan kisah Kisah yang terjadi Mengharap sinar Sinaran darimu Matahari bangunlah Indahkan hari ini Bagi kami terus melayari hidup kami Matahari bangkitlah Indahkan hari ini Bagi kami terus menghidupkan cinta kami Lupakan kisah Kisah yang terjadi Mengharap sinar Sinaran darimu Matahari by hafiz p/s:raining in my heart.. BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

doktor baru..!

Image
Assalamualaikum. Hai. Aku sekarang ini berada dalam posting obstetrics and gynaecology. Khamis lepas di labour room ada 2 orang doktor. Seorang doktor lelaki bertanya sama ada sungguh ke aku ni mahu jadi doktor. Aku hanya mampu gelak. Seorang doktor perempuan suruh aku quit dari belajar jadi doktor. Aku hanya mampu buat muka. Aku faham. Mereka berdua stress dan penat. p/s:kenapa doktor buat saya makin down? BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

some of you..!

Image
Assalamualaikum. Hai. Aku dipaksa untuk upload gambar ini di sini. Alasan yang diberikan oleh pemilik gambar ini sebab dia h@*$%#. Tidak boleh disebut di sini takut kalian semua muntah hijau. Aku sendiri hampir muntah hijau. Haha. Untuk pengetahuan anda semua, kawan-kawan aku di atas ini mempunyai blog. Tapi aku tidak mahu letak link blog mereka di sini. Hehe. Nanti-nanti lah aku cakap pasal blog semua kawan-kawan aku ini. Pada asalnya aku tidak mahu pergi picnic batch pada hari sabtu lepas. I am bio-psycho-socially not okay. Some of you were my best five years. p/s: i love obstetrics and gynecology BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

pungguk rindu bulan..!

Image
Assalamualaikum. Hai. Pagi ini aku ada exam klinikal. Doa aku mahu dapat cooperative patient, well-to-manage case, dan benign examiner. Sebab aku ini a good student. Hehe. Study bertemankan bulan. Aku memang pungguk yang rindukan bulan. Okay. Aku sudah merapu. Doakan aku. p/s: jerawat exam BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

wishing people are better..!

Image
Assalamualaikum. Hai. Minggu depan aku bakal menduduki End of Surgical Posting Examination. Semoga dipermudahkan. Sejujurnya, aku tidak minat langsung dengan Posting Surgery. Apabila terlampau stress, aku pilih untuk tidur. Minggu ini sahaja aku sudah banyak tidur. Dengan harapan dapat lupakan sebentar stress itu. Tapi, apabila bangun, stress datang kembali kerana banyak lagi kena study. Siapa suruh study medicine. Bila ada masalah, pendam. Sometimes, they say they care. But, they judge and stare. Some people just act like they are trying to help. Actually, they are not. p/s: stop judging something if cannot understand BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN