Posts

Showing posts from August, 2011

selamat hari raya 1432H..!

Image
assalamualaikum..wah, dah raya.. saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..semoga happy beraya di samping famili tercinta..selamat hari raya..maaf zahir batin..maafkan saya ye.. lebaran ini..my favourite song (tengah histeria ni).. Mendayu Suara Meniti Angkasa Alunan Takbir Mengulit Pagi Insan Tersenyum Tanda Gembira Lebaran Mulia Menjelma Lagi, Kali Ini Di Hari Lebaran Mulia Ini Jangan Pula Membuat Dosa Begitulah Hakikatnya Hari Raya Bergembira Tanpa Melupakannya, Allah Yang Esa Indah Suasana Dalam Senyuman Seluruh Alam Turut Raikan Mengucapkan Syukur Pada Tuhan Atas Nikmat Yang Datang, Limpahannya Woo..oh.. Ikhlaskan Hati Mohon Kemaafan Leburlah Dosa Di Tapak Tangan Lupakan Segala Silap Dan Salah Insan Bersatu Membina Ummah Uh.. Uh..  p/s: saya nak makan banyak-banyak nanti tapi tak mau membesar.. BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

hukum lelaki memakai cincin..!

Image
Hukum memakai cincin emas Ali bin Abu Talib r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah) Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”. Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.Kemudian beliau bersabda:”Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.” (Riwayat Muslim) Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas,

duit raya dari shell..!

Image
assalamualaikum, semua pembaca (macam ramai je yang baca).. post kali ni sekadar nak berkongsi kegembiraan dengan semua orang..dan nak cerita apa yang dah jadi semalam..hehe.. petang semalam aku berkesempatan singgah ke tempat aku kerja dulu..ala di shell..yeah..i'm back, my supervisor..but back as ex-kakitangan there (wah rojak).. mesti nak tau pasai pa aku pi sana balik setelah berhenti kerja hari tu..rindu..? hmm..bolehlah..tapi aku ada misi penting yang nak dilaksanakan sebelum aku boleh balik ke terengganu dengan tenang.. hantar baju shell balik..ye..baju merah ini tidak boleh dibuat harta sendiri..so melepas la hampa nak tengok aku pakai baju ni kat maidam nanti..haha.. hantar name tag balik..kawan aku hantar..tapi aku tak hantar balik..aku buat senyap je..supervisor aku pun tak tanya..hehe..aku simpan nak buat kenangan..yang ni hampa boleh tengok aku pakai kat maidam nanti (takda kerja).. nak minta duit raya (muka tak malu)..alhamdulillah..rezeki aku..Allah masi

lelaki seperti shaifulamir..!

Image
assalamualaikum..terima kasih sebab sudi membaca walaupun takde apa-apa pun sebenarnya..dan sebenarnya..jasamu dikenang..baktimu dituai..wah bangga cikgu BM aku.. post kali ni aku tak mau cakap banyak sebab tengah simpan stok untuk harta karun akan datang..tapi aku nak update jugak (dalam keadaan memberontak).. hmm..lelaki seperti shaifulamir..sila jangan muntah (sebab anda tengah berpuasa kan) apabila melihat gambar aku di bawah yang menang best picture tahun 2010..tahun ni pun aku hantar jugak penyertaan..haha.. Memang tak ada lelaki seperti aku Tapi yang lebih baik banyak Memang tak ada lelaki sehebat aku Tapi yang lebih hebat banyak Maka tak perlu kau susah hati Banyak lelaki yang bisa kau pilih Untuk kau jadikan sandaran hati Memang tak ada lelaki seseksi aku Tapi yang lebih seksi banyak Memang tak ada lelaki setampan aku Tapi yang lebih tampan banyak Maka tak perlu sedu sedan itu Jangan sampai kau rendahkan dirimu Memaksa aku menjadi pacarmu Oo baby baby Jangan

saya lelaki kurus..!

Image
assalamualaikum..smile.. baca title pun dah tau dah siapa aku sebenar (wah ayat tak boleh blah)..bukannya apa..cuma aku terkilan sikit pasal physical aku pun boleh jadi isu.. dulu mungkin la aku ni obses nak gemuk..tapi sejak umur 18 lagi aku dah gain confident dengan diri aku..ramai lagi lelaki kurus kat luar sana..ok je.. tapi entah kenapa orang sekeliling aku yang dekat dengan aku tak confident dengan aku..padahal aku ni sendiri biasa ja..sedih gak bila tidak mendapat kepercayaan orang yang dekat dengan kita.. sekarang ni aku lebih prefer diam je..lantak ar apa orang nak cakap..takda masa nak argue on something yang aku rasa just nak bikin gua panas.. kurus sebab kuat study..orang cakap kat aku..rasanya takda kena mengena..aku pun kuat makan jugak.. paling aku ingat sampai sekarang ni is boleh pulak orang cakap aku ni takut gemuk nanti orang tak mau (dah masuk bab jodoh la pulak)..hmm..nonsense.. saya lelaki kurus..so what..? sekian sahaja..bersabarlah wahai diri ini.

ikhlas tapi jauh..!

Image
assalamualaikum..salam 1malaysia.. hampa jangan risau sebab post kali ni sangat short and sweet..short is post aku while sweet is aku..hehe..jom kita dengar ucapan puasa dari the ambassador of shell.. saya mewakili warga kerja shell di seluruh dunia (perasan gila macam buat salam perantauan) ingin mengambil kesempatan kat atas hampa ini untuk mengucapkan selamat berpuasa..moga ramadhan kali ini lebih bermakna.. tengok kan short and sweet post aku kali ni..rasanya belum terlambat lagi kan aku wish..thanks jugak kepada semua yang wish aku via sms.. p/s: aku rasa aku kena serang lagi kedai laptop aku ni.. BAIK DIJADIKAN TELADAN BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

amer terlampau..!

Image
assalamualaikum..hampa semua apa habaq..? lama sudah aku tak update harta karun aku ni..hmm..macam-macam benda dah jadi kat sekeliling aku ni..ada yang manis..ada yang pahit.. anyway welcome home to my laptop selepas sebulan dia ditahan di rumah sakit akibat webcamitis..inflammation of webcam..radang kamera sesawang..over la pulak.. tapi what the point webcam aku ok tapi aku lost all my data..i repeat lost all my data..semuanya..bayangkan..seriously aku cakap kat hampa yang aku sekarang ni betul-betul down.. padahal aku dah cakap dah kat depa if anything got to do with my data please do some back up or let me know first..aku memang tak puas hati dengan service diorang..memang haram jadah..perangai macam pelaq..pergi jahanam la wei.. apa yang jadi tu totally telah mengubah aku 360 darjah..aku rasa down..hilang semangat..cepat marah..aku rasa cuti sem ni aku get nothing.. dan sekarang ni aku tengah mencari alasan apa nak bagitau kat supervisor aku bila aku nak berhenti kerja n