Langkawi Aventure & Xtreme Park

 Assalamualaikum dan Hai.

Pada hujung minggu lepas yakni 15 Ogos 2020, kitorang serbu Langkawi Adventure & Xtreme Park feeling tourist. Tapi spoil kejap bila staff situ tanya dari mana maka jawablah kami semua memang oghang Langkawi.



Dan kenalkan aku bersama MO Medical, MO ED, MO Ortho dan MO ENT. Aku? MO Medical yang nak sambung Psychiatry tapi masih stuck di medical aku pun tak tau pasaipa dan apa la future aku nanti. Tiba bebel.



First game Skybike. Dia macam yang naik kat Bandung cuma kali ni kayuh gerek tu sampai hujung. Minimum berat 45kg dan maximum berat 80kg. Nasib baik dia cuma check suhu badan saja bukan berat badan. Lol.



Dia punya kayuhan tu panjang jugak kalau korang perasan dalam gambar di atas dari hujung sana ke hujung sini. Ke sana ke sini.

 

 

 

Second game ATV. Ni paling aku enjoy kot sampai melecet kedua-dua ibu jari tangan aku. Jari tengah dah biasa dah melecet time oncall tiba.


 

  Route dia sekeliling kawasan park tersebut. Spend masa lebih kurang 30 minit.

 

 

 

Acah liku-liku kehidupan kadang terpalit dengan lumpur gitu.

 


Third game Go Kart. Nampak awkward di situ ya.


 

Fourth game Archery. Setiap orang diberi 20 arrows dan shooting la kemana-mana yang kalian mahu. Ke hati crush pun boleh.

And last game is 7D Cinema Motion. Daripada nama pun korang boleh agak kan apa benda tu. Tayangan lebih kurang 10 minit. By the way semua ini berharga RM50. Originally RM250 dan ada 11 games tapi disebabkan oleh PKP dia ada promosi dan limitasi gitu.

Okay itu sahaja. Nanti kalau rajin aku update lagi blog ini.

Thank you.

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!