Itinerary Kuala Lumpur - Bandung

Assalamualaikum dan Hai.




I went to Bandung, Indonesia on 17/11/2019 till 19/11/2019. Dah lama sangat plan nak pergi ke Indonesia. Dalam list ada Bandung, Bali and Jogjakarta tapi saya pilih Bandung. Initial plan nak pergi seorang tapi nggak berani. Saya tukar 1 juta rupiah di airport bersamaan RM330.





Jadi ajaklah Najmi sebab dia tengah free waktu tu. We meet at KLIA2. Tiket flight KL - Bandung pergi balik RM370.80. Dalam flight nanti akan diedarkan custom declaration form so boleh isi siap-siap.





Tapi kitorang isi kat dalam airport bila dah sampai sebab tak tahu plak yang wajib kena isi walaupun takde benda nak declare. Lapangan terbang dia sangat klasik. Saya beli simcard simPATI di airport berharga 100ribu rupiah. Kitorang naik Gocar ke hotel bayar 24ribu rupiah.





Kitorang stay di Topas Galeria Hotel. Hotel booking harga RM130 untuk 3 hari 2 malam. 2 single bed dan ada bathtub lagi. Kawasan dia nampak macam hotel lama tapi lumayan lah sebab ada pool jugak yang cantik. Kitorang sampai awal dan tak boleh check in lagi so kitorang tinggalkan beg dulu kat sana dan datang kemudian balik untuk check in. Sebab tak boleh nak bazirkan masa. Oh ya sempat breakfast pagi tu makan bihun goreng dan sushi Najmi bawak dari rumah. Hari pertama kitorang nak habiskan masa ke Ciwidey. Kitorang booking supir on the spot by google search so dapatlah Supir Budi from AllInBandung (+6282262293341). Harga 400ribu rupiah (kereta + driver + minyak) sehari.

Hari Pertama: Ciwidey





First wisata is Kawah Putih. Yang ni wajib datang kalau ke Bandung. Tiket masuk 100ribu rupiah.





Surgical mask tu memang disediakan. Bukan saya bawak sendiri dari wad LOL. Nasib baik saya pakai spek sebab debu-debu dia pedih kalau kena mata.





Supir parking di bawah. Kitorang pilih untuk naik van angkut untuk sampai ke atas. Boleh jer nak naik dengan supir tapi kena bayar harga tiket lebih sebab bawak naik kereta.





Di bawah tu ada musholla dan gerai makanan. Kitorang solat dan makan di situ sahaja. Makan bakso dan nasi timbel komplit beserta air. Total harga 90ribu rupiah.





Next ke kebun teh rancaupas. Tiada bayaran masuk dikenakan.





Singgah untuk ambik gambar jer LOL.





Dan sebelah malam kitorang ke alun-alun bandung. Dia macam uptown kawasan dia.





Dan singgah di Masjid Raya Bandung yang terletak berdekatan iaitu walking distance sahaja dalam kawasan alun-alun bandung. Berhadapan masjid ini ada tanah lapang iaitu rumput karpet hijau untuk semua orang istirehat. Dan next supir terus hantar balik hotel untuk check in dan tidur.

Hari Kedua: Lembang





Supir untuk hari kedua saya sudah booking sebelum sampai Bandung atas recommendasi dari kawan saya. Supir Arie dari AzkaTourTravel (+6281222220285). Destinasi pertama The Lodge Maribaya. Harga tiket masuk RM18.58 untuk 2 orang dan Najmi beli guna app Traveloka sebelum sampai.





Setiap game untuk naik harga 10-15ribu rupiah.





Dan untuk beli gambar yang diambil pula harga 10ribu rupiah sekeping. Gambar akan dihantar dalam bentuk soft copy. Terdapat jugak perkhidmatan cetak gambar.





Speda ini antara tarikan utama di situ.





Saya tak pasti sama ada helmet yang besar atau kepala saya yang kecik.











Tiket sebelum keluar boleh redeem minuman coklat ini. Ada perisa lain seperti strawberi tak silap.












Next floating market. Banyak tarikan di sini. Harga masuk 40ribu rupiah. Kitorang makan soto dan bubur manakala minum pulak boleh redeem minuman guna tiket. Saya redeem minuma oren. Soto berharga 20ribu rupiah manakala bubur berharga 15ribu rupiah.






Next wisata ke Farm House. Dalam ni pun ada banyak tarikan dan tempat best untuk bergambar. Tiket masuk 50ribu rupiah.














Dan tiket boleh redeem susu. Nasib baik ada perisa coklat. Sedap. Ada cuba makan croissant jugak kat situ harga 15ribu rupiah. Next kitorang pergi ke Kartika Sari sebab Najmi nak shopping barang untuk kakak dia. Lepas tu supir hantar pulang hotel.




Dan malam tu kitorang naik Gocar harga 20ribu rupiah ke cihampelas walk. Suka sangat style shopping mall dia. Saya beli fridge magnet as usual harga 35ribu rupiah.




Kitorang makan malam kat sini tapi dah lupa harga dia. Terus balik hotel dan kemas barang dan esok balik.

Hari ketiga basically pagi tu checkout dan berangkat ke airport dengan Gocar harga 23ribu rupiah. Lepas tu sarapan gado-gado dan bihun harga total 110ribu rupiah.

Saya seterusnya balik ke Langkawi dan Najmi balik ke Sabah.

ADDENDUM

1. Better tukar duit Malaysia ke Indonesia di Malaysia. Dan better tukar di luar airport lebih murah. Saya tukar 1 juta rupiah berharga RM330 di airport tapi kawan saya dapat RM290.
2. Make it habit sentiasa bawak pen supaya tak perlu pinjam kat orang especially time nak kena isi borang. Pen itu sangat berharga untuk seorang doktor.
3. Download siap-siap app Gojek sebelum pergi. Dalam tu ada Gocar (kereta) and Goride (motor).
4. Download juga app Traveloka. Book hotel guna Traveloka dan ada tiket masuk ke sesetengah wisata boleh beli menerusi Traveloka dan harganya sedikit murah berbanding beli walk in. So better beli siap-siap guna app dan print tiket 
5. Harga supir di sana tidak termasuk tol dan bayaran parking.
6. Harga tiket masuk ke wisata di Ciwidey berdasarkan warganegara dan bukan warganegara manakala di Lembang sama harga.
7. Better datang pada hari biasa berbanding hari minggu atas sebab kesesakan orang.
8. Dowload app ShareIt jugak untuk terima sharing gambar ketika di The Lodge Maribaya.
9. Trafik di Bandung sangat luar biasa. Bunyi hon dan sudah biasa.
10. Kereta yang paling banyak digunakan di sana ialah Avanza manakala motor pulak scooter.
11. Orang Bandung sangat lembut tutur bicaranya dan kebanyakan mereka bertutur bahasa sunda.
12. Komunikasi tiada masalah sebab saya bisa ngomong Bahasa Indonesia berkat nonton sinetron beratus-ratus episode.
13. Musholla senang nak cari kerana Indonesia negara majoriti Muslim. Setiap beberapa kilometer akan ada masjid.

Previous Itineraries:


Thank you.

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!