menunggu housemanship..!

Assalamualaikum. Hai.




These are what I was doing throughout my waiting period of becoming a doctor. Lama tau sekarang ni kena tunggu selepas graduate untuk nak dapat posting.




Aku jadi promoter kat sebuah kedai game ini. Tapi aku kerja tak sampai 2 bulan pun selepas aku dapat tahu yang supervisor aku itu being unfair towards his staffs. Walaupun kita ni kerja bawahan tapi kita juga harus demand so that orang tak pijak kepala kita.




Bila dah tak jadi promoter then aku jadi sale assistant kat salah sebuah kedai cermin mata. Banyak benda aku belajar especially on how to present yourself to customers and how to convince people. Dan belajar macam-macam jenis ragam manusia. Aku kerja 3 bulan sebab lepas tu nak rehat sebulan kat rumah sebelum masuk posting.




Aku menjadi co-writer untuk buku Anatomi Aku Budak Medik 1.0. Aku sebenarnya suka nak kongsi pengalaman dan bila ada peluang sebegini rupa sudah semestinya aku takkan lepaskan.




Selain itu, aku juga menjadi salah seorang team members untuk buku Nebulizer. Busy sungguh aku menulis buku. Haha. Tapi buku ini buku nota so memang stress juga sebab nak kena buka buku rujukan semua.




Jadi, kepada adik-adik yang nanti habis belajar medik mohon buat something sementara menunggu posting. Buat something yang kita suka. Sebab bila dah posting nanti dah tak boleh dah nak buat.




Oh ya saya sudah dapat posting di Hospital Sungai Buloh. Panjang cerita dia kenapa aku pilih sini. Tapi aku dah letak tepi semua itu. Aku harap aku dah buat pilihan yang betul. Kalau salah then nanti aku buatlah luahan perasaan kat sini (itu pun kalau aku ada masa). Doakan aku pembaca budiman.

THANK YOU

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!