mini reunion..!

Assalamualaikum. Hai.




Tak payah nak letak tajuk mini reunion sangatlah kan. Padahal bulan lepas dah jumpa time konvokesyen. Okay. Mini reunion untuk yang interview di Kuala Terengganu.




Doa aku semoga kami satu batch mendapat lantikan terus sebagai pegawai perubatan dalam masa terdekat. Walaupun aku sendiri belum cukup bersedia bio-psycho-socially untuk jawatan itu.




5 calon versus 1 panel. Time introduce diri boleh pulak buat reunion. 3 orang bekas pelajar matrik Pahang. 2 orang bekas pelajar imtiaz. 3 orang Terengganu. Paling penting kami berlima batchmates. Okay tajuk mini reunion tu made sense. Hehe.




Ada lagi 2 orang calon dari UniSZA tiada dalam gambar sebab berada dalam bilik temuduga. Hidup UniSZA (tetiba).




Sejak kebelakangan ini aku sibuk blogwalking dan stalk housemen yang bertugas di hospital-hospital yang aku berminat. Alhamdulillah, aku sudah capai kata sepakat mahu pilih hospital mana nanti. Semoga Allah bantu.


THANK YOU

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!