tentang batchmates..!

Assalamualaikum. Hai.




Kelakar sangat prof bila suruh najmi tolong pakaikan "selendang" untuk dia. Aku panggil benda tu selendang sebab asyik nak jatuh time first time try pakai.




Best jugak dapat menyelit dalam kamera abang orang lain. Haha. Untung jadi pengapit adik sebab nama sebelah-sebelah.




Terima kasih pada syamim yang tolong kemaskan tie dan pakaikan selendang untuk aku siap tolong letak brooch lagi. Oh ya tie itu kepunyaan ijat sebab boleh pulak aku lupa bawak tie color hitam favourite aku. Mulut aku lebih hensem daripada biasa sebab steph bagi aku pakai lipstick dia.




Kami geng nama dekat-dekat dalam name list. The N, R and S. Geng bergelak ketawa time orang lain fokus di hadapan. Praktis nak sebut menjunjung kasih tuanku sebab takut tershashul.




Okay berjaya jugak menyelit dalam kuntuman-kuntuman bunga. Haha. Dah biasa dah jadi kumbang seekor. Eh awat dengan hang ni?




This is us second batch of medic unisza. Cuma seorang terlepas kena pergi duduk kat tempat master student yang penuh dengan mat afrika. Kesian.




We are actually the first batch who graduated under fakulti perubatan. Sebab fakulti kami dah bercerai talak tiga dengan fakulti sains kesihatan.




Semoga rasa kasih dan sayang yang kita tanam selama 5 tahun ini kekal mekar tumbuh dalam ingatan sampai bila-bila. Dalam hidup ini, bila kita sayangkan seseorang, bilang sama dia. Kalau malu mahu bilang, maka tulis sahaja di sini. I love you all so damn much.

Syamim - tempat aku lepas stress dan cari pasal merangkap juga alarm clock aku time nak exam
Haikal - tempat cari motivasi plus teman balik kampung
Ijat - very fatherly
Abu zar - tempat aku cari movie dan drama melayu baru dia kaki download
Nazim - suka sangat kerja dengan dia sebab dia ni awesome
Ayu - teman yang best untuk sembang sebab sempoi dan lawak
Kak wanny - best kerja dengan kak wanny sebab dia best best best lebih-lebih lagi dengar presentation dia
Hasnaa - manusia kreatif dalam batch untuk design baju la design buku la
Ruby - peminat filem dan drama melayu yang aku supply haha
Fiza - kelakar sebenarnya bila dapat kerja dengan dia
Aiman - tempat aku bermanja untuk melepaskan kebosanan hehe
Sya - umi yang bersuara sedap time aku curi-curi dengar dia mengaji dalam kelas time bulan puasa
Fatin - oghe pasir mas yang cantik ni sudah dimiliki orang
Aishah - teman buat lawak tapi serius bila bekerja
Teh - katanya budak perempuan ramai yang jealous dengan dia sebab dia boleh pakai apa-apa saja haha
Wan - boleh diajak gurau dan sakat-menyakat plus cantiklah tudung bawal satin wan hat color pink tu
Wahidah - tempat aku minta tips time study week dulu plus pencinta kucing
Saharah - genius
Ayub - tempat untuk aku nak tahu cerita baru plus pandai masak dia ni
Za - kami ada minat yang sama untuk join preclinical
Tehah - tempat aku cari resepi kek batik dan orang cakap dia ni pandai bake
Azwa - manusia jiwa kental dalam batchmate aku
Rahman - aku admire gila dengan dia sebab bagi aku dia gifted sebab orang lain study tapi dia main game yet result gempak
Steph - a very good chinese friend yang banyak kali aku berpeluang kerja dengan dia
Najmi - batchmate laki yang aku tak pernah nampak dia pakai seluar pendek walaupun seluar tiga suku plus suara dia sedap bila jadi imam
Asma - suka dengaq dia gelak haha
Asmi - tak pernah ada pengalaman kerja dengan dia tapi dia nampak serius
Yana izzati - tak banyak songeh
Azizah - kaki pantun
Hani -beli handset sama
Sayeedah - suka main game dalam fon walaupun tengah attach dengan doktor bersama aku
Acap - teman layan how i met your mother plus kami burung hantu dan juga teman balik kampung
Aina - suka sembang dengan dia lebih-lebih lagi bila cakap lepas
Kak ika - very motherly sebab ijat very fatherly hehe
Naqib - kawan yang sangat baik dan sweet sebab dia bagi aku coolfever time aku demam peperiksaan haha
Nien - nampak relax jer
Naveen - suka datang bilik aku cari inspirasi time study week hari tu mungkin sebab dia stress
Fifi - wanita tinggi
Najwa - assistant aku time year 3
Alwani - kelakar jugak dia ni kadang-kadang plus nama yuyu tu seriously
Apih - suka bagi nasihat yang lawak
Mujib - teman selfie haha sebab kami ada persamaan suka bergambaq
Dayah - supply cerita hindustan kat aku
Yana farhana - terkenal dengan panggilan atlet
Fifah - dia ni pulak orang ingat sebagai fifah buku haha
Alia - korea korea korea dan tidak boleh sebut huruf R itu cute
Ili - suaranya halus
Thinna - jiran sekolah, jiran rumah dan kami suka kucing
Nad - aku pun tak pernah kerja dengan dia
Iman - ketua batch terbaik among ketua-ketua yang lain
Kak mun - strong woman
Stanis - manusia pelik roommate aku cakap

Amir - ???

THANK YOU

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!