memori..!

Assalamualaikum. Hai.




Aku buat blog ini masa aku masuk medical school. Kononnya, aku mahu share semua pengalaman aku sepanjang belajar medik. Acah-acah boleh motivate adik-adik yang nak sambung medik la ni. Memberi inspirasi ke?




Macam mana aku boleh mintak medic? Sebab aku rasa dengan result SPM dan matrik aku tu, aku patut ambik medik. Tiada tekanan dari sesiapa. Padahal cita-cita zaman budak sekolah mahu jadi pensyarah. Takpa, doktor yang mengajar in shaa allah.




Hari pertama jejak kaki waktu orientasi, aku call kawan baik aku time matrik sambil menangis kat dalam fon. Tapi aku sembang tak lama. Sebab dia pun tengah orientasi jugak. Lama-lama aku sudah okay. Dapat pulak roommate medical student time orientasi. Okay la sikit. Sikit.




Aku ini memang suka simpan sorang-sorang. Aku hanya cerita pada kawan yang aku rasa aku dah cukup kenal. Nak cari kawan macam tu bukan senang. Payah tau tak.




Dan bila dah start berkenalan dengan batchmates aku ini, tiba-tiba rasa inferior gila. Takut pun ada sebab depa ni banyak yang baik-baik dan selalu bercakap pasal agama. Tapi alhamdulillah jugaklah sebab aku rasa aku jadi orang yang lebih baik dari sebelum ini.




Berbalik kepada blog. Waktu awal-awal dulu ada blog aku rasa macam aku post benda yang bukan-bukan. Kalau adik yang nak sambung belajar medik baca mesti terus padam cita-cita nak jadi doktor. Haha. Mungkin sebab time tu excited sangat kot aku ni sebab ada blog. Maafkan aku.




Tapi bila sudah ada pembaca blog, maka aku pun cuba la post benda yang boleh dibaca. Tambah-tambah lagi bila dapat tau ada batchmates sendiri yang baca. Stalker sangat hampa. Perasan. Malu kot time tu. Tapi aku tulis je ikut suka. Bukannya satu batch baca. Dan lama kelamaan aku rasa blog ini patut aku tulis benda yang positif sahaja. Sebab hidup sepatutnya indah. Bila orang baca, orang akan happy. Nampak tak itu yang aku semakin matang. Hehe.





Dan benda-benda yang sedih dan negatif kita buang jauh-jauh. Aku dah pun delete entry yang aku rasa tak patut ditulis di sini. Actually, ada lagi yang aku nak delete. Tapi, nak kena stalk blog sendiri dulu la pulak. Hehe. Makan masa tu.




Sepanjang lima tahun belajar medik di sini aku belajar banyak benda. Orang cakap ambik medik ni takda life. Walaupun kau ambik medik, tapi kau masih lagi boleh spend time buat benda-benda lain. Cuma masa itu terhad lah.




Menjadi budak medik, hampir setiap hari kelas kau bermula seawal 8 pagi dan berakhir 5 petang. Student course lain memang lagi relaks la. Mungkin sebab tu kau cakap takda life. Bila masuk clinical year, kadang-kadang kelas habis lebih lambat daripada biasa. Itu belum termasuk dengan on-call dan kelas hujung minggu lagi.




Memang tak dinafikan orang lain boleh cuti panjang rehat dekat rumah bersama famili tapi cuti kau hanya sekejap sahaja. Orang lain hujung minggu boleh relaks lepak sana-sini, kau pula sibuk nak catch-up benda yang kau tak habis study lagi time weekdays. Kau keluar makan pun sembang pasal medik. Itu melampau.




Tapi, kalau kau pandai urus masa, semua ini tidak ada masalah. Kau masih lagi boleh pergi surau atau masjid untuk solat jemaah. Kau masih lagi boleh dengar kuliah subuh mahupun maghrib. Kau masih lagi boleh join aktiviti-aktiviti persatuan ataupun lain-lain.




Aku ini bukanlah orang yang pandai uruskan masa. Cuma aku selalu cakap kat diri aku, apa-apa hal, assignments semua kena siap on time ikut deadline. Kelas kena pergi on time dan punctual. Yang selebihnya aku ikut masa aku sendiri. Dan kalau ada masa tu pergilah solat berjemaah kat surau.




5 tahun belajar medik cukuplah aku nak cakap yang ianya sangat susah. Aku ni bangun tidur pun kadang-kadang stress. Malam pulak kadang-kadang aku langsung tak tidur. Bajet sibuk nak study sebab aku tak mau fail dan kena repeat. Padahal download dan tengok drama sekali sebagai acara selingan. Belanja diri sendiri sebab kuat study. Bajet. Kalau ada orang cakap belajar medik tu indah, mohon jangan percaya seratus peratus. Hehe.




Bila dah habis belajar medik ini, rasa ringan sangat kepala ni. Memang rindu zaman belajar, tapi nak melalui segala jerit perih kepayahan tu sangat-sangat aku tak mahu. Kadang-kadang emosi jugak sering terganggu. Tu sampai mahu berhenti belajar medik tu. Okay sudah.




Di sini, aku kenal ramai kawan baru. Ada kawan yang aku langsung tak rapat time awal-awal dulu tapi boleh jadi makin rapat bila dah masuk final year ni. Okay la tu sempat rapat dengan depa time final year kan. Teman lepak dan keluar makan.




Kau memang tak boleh nak bersendirian. Kau perlukan kawan baik yang bertindak sebagai support system kau. Aku rasa final year adalah tahun paling banyak aku stress sorang-sorang dan buat luahan perasaan kat kawan.




Aku tulis post ini motif dia sebab aku nak upload gambar-gambar memori sepanjang aku berada di Terengganu. Jadi, bila-bila aku rasa rindu, aku boleh tengok semua gambar-gambar ni. Korang pun kalau rindu aku pun boleh mai sini balik. Ecece.




Tarikh hari ini genap usia aku 24 tahun. So, post ini kononnya sebagai hadiah hari jadi. Okay, bagi hadiah kat diri sendiri. Sungguh takda life. Haha. Terima kasih semua sebab baca. Time aku nak publish post ini aku berasa sedih dalam mencorak masa depan. Semoga rasa ini tidak berpanjangan. Allah dah tulis cerita setiap orang itu cantik-cantik. Percayalah.


THANK YOU

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!