5 zaman..!

Assalamualaikum. Hai.




Semua final year student dikehendaki menghantar 5 keping gambar kepada AJK untuk ditayangkan semasa acara dinner. Mohon tengok gambar-gambar aku kat bawah ni dalam keadaan biji mata nak terkeluar ye kawan-kawan.



Gambar pertama adalah gambar baby. Tapi ini dah tak berapa nak baby ni. Mohon sebut betul-betul perkataan baby tu. Takut tersalah sebut nanti kena samak pulak.




Gambar kedua adalah zaman tadika. Okay aku nak buat satu pengakuan ni. Ini gambar aku curi kat google image. Maaf AJK. Anda kena troll. Hehe. Sorry tak jumpa lah gambar time aku tadika.




Gambar ketiga adalah zaman sekolah rendah. Aku aktif tau. Banyak pertandingan aku masuk. Tapi sayangnya aku tak pernah menang. Zaman sekolah rendah aku pegang jawatan pengawas selama 4 tahun.




Gambar keempat adalah zaman sekolah menengah. Aku banyak kali jugak pegang jawatan ketua kelas. Aku memang ada bakat kepimpinan okay. Dan aku ini juga adalah pelajar yang digemari ramai. Maksud aku disayangi oleh guru-guru.




Gambar kelima adalah zaman sekarang. Gambar ini diambil lebih kurang 12 jam sebelum tarikh tutup penghantaran gambar. Sekarang sangat. Aku memang skema. Disebalik mask itu aku tengah senyum ye walaupun aku tahu tak nampak.

p/s: macam tengah promote diri zaman berzaman pulak

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!