i am not a bright student..!

Assalamualaikum. Hai.




Berminggu-minggu kebelakangan ini aku tidak stabil. Emotionally unstable. Tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk tidak lepaskan kat orang sekeliling. Apa aku buat? Aku tulis di sini.




Alhamdulillah. Perasaan anxious itu hilang sekelip mata. Jadi, sekarang ini aku mahu tunaikan nazar aku. Tunggulah nanti lepas cuti chinese new year.




Aku ada kawan seorang lelaki dan seorang perempuan di matrik dulu. Mereka couple. Alhamdulillah mereka sudah pun berkahwin. Sekarang tunggu kelahiran anak pertama. Sebagai kawan, tak sangka pun ada mula-mula tu. Well, jodoh tak ke mana.




Lama aku berborak dengan si isteri itu. Mostly consultation pasal pregnancy dia. Dan aku juga sempat buat luahan perasaan kat dia yang aku memang dah tawar hati nak belajar jadi doktor. Jangan risau, walaupun aku bermain wechat dengan isteri orang, si suami tahu okay.




Aku akan sedaya upaya habiskan dulu degree ini. Lepas tu, pandai-pandai lah aku decide untuk buat apa. Minat sebenarnya medic ni. Tapi entahlah. Takpa, aku takkan buat kerja bodoh dengan quit out of sudden. Hopefully.




Aku sekarang ni diamanahkan menjadi ketua posting. First time. Aku belum pernah menjadi ketua mana-mana posting sebelum ini. Apa yang aku tahu, aku tidak ada bakat kepimpinan. Biarlah mereka against aku. Aku okay.

p/s: bila-bila ada masalah, buka buku DSM-5, tengok fulfill ke tak criteria

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!