catatan mat luthfi..!

Assalamualaikum. Hai.




Aku berkesempatan observe circumcision surgery. That penis-got-weird thing came again. Haha. Tapi serius memang rasa ngilu. Tak boleh imagine macam mana girls boleh survive observe repair of episiotomy.




Perjalanan aku dalam bas dari Kulim ke Kuala Terengganu tempoh hari memakan masa selama 13 jam. Tiada kawan pulak tu atas bas. Menjadi peneman hanyalah text messages dan wechat yang aku dapat. Seperti text message di atas. Haha.




Minggu ini juga busy. Bukan sekadar mahu penuhkan logbook tetapi aku juga mempunyai a huge presentation. Huge sangat. Menjadi presenter terakhir, tiba-tiba aku dapat text message kat atas ni. Kalian terbakar? Aku rasa terbakar. Haha. Tetapi sampai sekarang aku tidak tahu apa maksud short form "nie" tu. Maaf, aku slow. Tak faham kenapa sender tak jawab soalan aku tu.




Sebab mood untuk study belum datang lagi, jadi aku ambil keputusan untuk habiskan baca buku di atas. Yang warna pink tu logbook aku. Saja letak dekat-dekat. Tapi buku catatan itu memang lawak.




Besar gedabak kelendar memenuhi soft board meja study aku. Exam aku minggu depan. Isnin aku ada clinical exam. My long case will be on obstetrics while short case on gynecology. Dan theory part on Khamis. Doakan aku kawan-kawan.

Pada suatu malam ketika aku oncall di labor room. Hayati dialog di bawah.
Suami: (sambil menuding jari tengah telunjuk ke arah aku dan kawan aku dengan muka nak cari gaduh) Doktor, doktor jangan tengok. Ini maruah saya.
Aku: (tutup langsir sambil buat muka)
Nurse: Encik tak bolehlah marah gitu. Kalau encik tak nak ada doktor laki encik boleh kabor.
***
Nurse: Doktor, encik tadi minta maaf.
Aku: (sejuk hati dengar perkataan maaf itu) Eh, takpa.

p/s: special

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!