medical student di hospital kulim..!

assalamualaikum dan hai..




lama sudah tidak menulis di sini..sibuk dengan elective posting la sangat kan..apa-apa pun..alhamdulillah elective posting selama 6 minggu di hospital kulim sudah pun tamat..




sepanjang 6 minggu, aku attach kat wad 3, wad 8, klinik pakar 2, klinik pakar 3, jabatan kecemasan dan juga jabatan forensik..banyak sebenarnya pengalaman baru yang aku belajar kat sini..




menjadi satu-satunya pelajar perubatan yang buat elektive kat situ, aku dilayan dengan sangat baik..sampai aku rasa macam ya-allah-awat-depa-ni-baik-sangat..semasa di jabatan kecemasan, aku ada kawan dari universiti lain..at least tak lah sorang-sorang..cuma aku sudah tidak menjadi anak emas..haha..




supervisor aku sangat-sangat best..kedua-duanya adalah ketua jabatan..semasa di jabatan perubatan, supervisor aku seorang yang strict juga dengan staff dia..tapi dengan medical student dia okay..semasa di jabatan kecemasan pulak, supervisor aku sangat lawak orangnya..tak kering gusi attach dengan dia..




setelah sekian lama aku duk menghadap ecg, akhirnya, di sini ramai doktor yang sudi ajar aku how to interpret the ecg..seriously, aku confident nak read ecg after this..




doctor-doctor relationship kat sini sangat rapat..i cannot see any barrier among them eventhough you are senior or junior..they are teaching each other..




tak sangka ramai juga doktor-doktor yang berkhidmat di situ dulunya juga buat elective posting seperti aku di hospital kulim..hehe..adakah aku pun akan ikut jejak langkah mereka..?




lagi satu benda lawak bila staff kat jabatan kecemasan bising mencari medical student gara-gara panggilan telefon dari jabatan forensic untuk kes post-mortem..sampai macam tu sekali mereka layan kami..



bakal bergelar pelajar perubatan tahun akhir bermula 7 september ini..doakan aku wahai pembaca sekalian..tetapi apabila melihat takwim dan juga senarai kumpulan, tiba-tiba aku rasa takda mood nak start my final year..


p/s: takda mood..jangan kacau..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

housemanship at hospital kulim..!

MBBS UniSZA..!