female staff only..!
assalamualaikum..peace..
Anas
ra. berkata, Nabi saw. bersabda, Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku
merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat
kepada mereka yang memakmurkan masjid dan mereka yang beristighfar di
waktu fajar, Aku elakkan azab yang Ku rencanakan itu." (HR Baihaqi)
female staff only..or FSO..being a male medical student, i have my own experience..
when my patient request female doctor only..i understand..
when my patient's husband said no male doctor..i still understand..
but..when the female staff herself chase me from observing the procedure..i do not understand..
feel free to read..taken from here..
Soalan (1) : Boleh tak pesakit meminta hanya doktor dan
perawat perempuan sahaja yang dibolehkan membuat pemeriksaan organ reproduksi
seperti VE (vaginal examination), buat calitan Pap dan semasa melahirkan
kandungan?
Jawapan (1)
Tentu sekali boleh. Ini
berpandukan prinsip etika perubatan : prinsip autonomi atau prinsip kebebasan
pesakit sama ada bersetuju atau tidak mendapatkan rawatan, disamping memilih
siapa yang merawat.
Di Fakulti Perubatan UKM, melalui
modul Perkembangan Kendiri dan Profesionalisme ( Personal & Professional
Development –PPD) pada tahun tiga semasa posting klinikal O&G, Dr. Hard an rakan-rakan
tenaga pengajar di Jabatan O&G sering menasihati pelajar perubatan agar memenuhi
dan menghormati permintaan pesakit khususnya jika dia tidak selesa dan merasa
malu diperiksa oleh seorang doktor lelaki. Jangan sekali-kali memperlecehkan
permintaannya dan cuba sedaya mungkin mencarikan doktor wanita untuk membantu.
Namun pesakit dan suami juga
harus faham, pergiliran dalam sistem bekerja seharian bagi para doktor di
hospital dan klinik kerajaan khasnya, menyebabkan ada kemungkinan tiada doktor
perempuan yang bertugas pada satu-satu waktu tersebut. Jika ini berlaku, agak
sukar doktor hendak memenuhi kehendak dan permintaan pesakit. Namun, kami tetap
akan mencuba!
Satu lagi, mintalah bantuan dari
perawat dan doktor dengan baik tuturkata, berbudi bahasa dan bersopan santun. Tak
perlulah marah-marah, menengking dan mengherdik. Bukankah kita ini terkenal
dengan budi bahasa dan adab sopan? Terutama mereka yang tergolong dalam lingkungan
pencinta ad deenul haq, Islam yg mulia ini – lebih lagi diharapkan dapat
menunjukkan akhlak yang baik dan terpuji.
Soalan (2) Memandangkan sudah ramai bilangan doktor wanita di Malaysia,
hendaklah diwujudkan satu polisi awam di mana hanya doktor perempuan sahaja
yang merawat pesakit wanita di bilik bersalin, dengan itu terpeliharalah aurat
mereka dari dilihat lelaki selain suami.
Jawapan (2)
Untuk menjaga hak dan autonomi
pesakit sentiasa terpelihara, sebagaimana hak pesakit wanita yang mahukan hanya
doktor dan perawat perempuan yang merawatnya, prinsip perubatan juga
menggariskan tidak wajar diwujudkan satu ketetapan yang memaksa pesakit dan
menafikan hak dan autonomi untuk memilih siapa doktornya. Maka sekiranya
seorang pesakit mahu seorang doktor lelaki memeriksanya, begitu juga
sebaliknya, ia wajar mendapat apa yang diinginkannya.
Sekiranya peraturan tersebut mahu
diimplementasi dengan adil dan saksama, sudah barang tentu perlu juga
ditetapkan pesakit lelaki hanya boleh dirawat oleh doktor dan perawat
lelaki. Namun mengikut pengalaman peribadi saya menjadi pengamal
perubatan selama
lebih dua puluh tahun ini, hampir tidak pernah kedengaran desakan dan
keperluan
sebegitu. Jika para suami menggunakan alasan tubuh badan isterinya
hanyalah
untuknya dan tidak boleh dilihat oleh lelaki lain melainkan dalam
suasana
darurat, wajar juga para isteri juga mendesak agar pihak hospital
menyediakan
doktor dan perawat lelaki sahaja untuk suami mereka agar tiada perempuan
lain
yang boleh melihat tubuh badan suaminya!
Perlu barang diingat, amalan
perubatan dilingkungi oleh kod etika yang tegas, bertujuan menjaga kebajikan
para doktor dan pesakitnya. Sekiranya seorang doktor lelaki diperlukan
menyambut kelahiran bayi, dia tidak dibiarkan berdua-duaan dengan pesakit
wanitanya. Kod etika mewajibkan dia memastikan adanya kehadiran `chaperon’ ataupun pihak ketiga pada setiap
kali dia perlu merawat pesakit yang berlainan gender dengannya. Majlis
Perubatan Malaysia (MMC) menghuraikan tentang kehadiran chaperon melalui artikel 3.3 dalam Good Medical Practice Guidelines:
A doctor must always examine a patient, whether female or
male, or a child, with a chaperon being physically present in the
consultation room, with visual and aural contact throughout the proceedings.
These requisites are designed to allow the doctor to proceed
with clear, unhampered clinical examination of the patient, as he deems
appropriate for the purpose of arriving at a proper diagnosis, without later
having to defend his actions.
( Seorang doktor mestilah sentiasa
memeriksa seorang pesakit sama ada lelaki atau wanita atau kanak-kanak, dengan
kehadiran seorang peneman (chaperon) yang sentiasa hadir secara fizikal di
bilik konsultasi tersebut, yang boleh melihat dan mendengar segala kejadian
sepanjang pemeriksaan dijalankan.
Ketetapan ini direkabentuk untuk membolehkan doktor meneruskan
pemeriksaan klinikal dengan jelas dan tidak terganggu, sebagaimana yang
dirasakan perlu untuk membuat diagnosis, tanpa kemudiannya perlu dia
mempertahankan segala tindakan yang diambilnya.)
Soalan (3) Mengapa perlu pelajar perubatan lelaki dilatih mengendalikan
kelahiran dan memeriksa alat kelamin wanita? Sepatutnya, doktor lelaki hanya
perlu dilatih untuk merawat pesakit lelaki sahaja, sebagaimana juga doktor
wanita hanya untuk mengendalikan pesakit wanita sahaja
.
Jawapan (3)
Sekolah-sekolah
perubatan di dunia diamanahkan untuk melatih para doktor yang mempunyai
kompetensi atau kemahiran asas dalam bidang perubatan. Termasuk dalam kemahiran
asas tersebut adalah kebolehan memeriksa sistem reproduksi wanita dan lelaki
serta mengendalikan segala masalah kesihatan yang berkaitan. Maka setiap
pelajar perubatan lelaki mestilah belajar bagaimana hendak melakukan
pemeriksaan dalaman (VE), membuat calitan Pap dan menyambut kelahiran bayi,
sebagaimana juga pelajar perubatan perempuan mesti boleh memeriksa bahagian sulit
badan lelaki dan memasukkan saluran tiub atau catheter ke dalam salur kencing lelaki.
Soalan (4) Mengapa ada segelintir
doktor lelaki Muslim yang memilih kepakaran perbidanan dan ginekologi sebagai
bidang pengkhususan mereka? Tidakkah mereka merasa berdosa apabila sentiasa
melihat aurat wanita yang bukan isteri mereka?
Jawapan (4)
Soalan tersebut perlu dijawab sendiri
oleh pakar O&G lelaki Muslim yang telah membuat pilihan tersebut.
Namun saya ingin menegaskan di
sini, semua pakar O&G lelaki, baik yang Muslim atau yang bukan Muslim, yang
saya kenali secara peribadi adalah terdiri dari pengamal perubatan yang amat professional
dalam tugas mereka, amanah, berwibawa, cekap dan amat teliti menjaga kerahsiaan
(confidentiality) pesakit. Mereka
tidak menganggap amanah tugas menjaga dan merawat wanita yang memberi mereka
kelebihan (advantage) untuk melihat
aurat wanita sebagai satu kesempatan memenuhi nafsu syahwat yang liar.
Sekiranya seseorang doktor itu melanggar batas kesusilaan dan mengeksploitasi
pesakit yang mempercayainya, dia mesti diadukan kepada pihak atasan untuk
diambil tindakan tegas, kerana tindakan tidak sopan itu mencalarkan kredibiliti
dan integriti profesyen kedoktoran yang perlu sentiasa dipertahankan.
boleh tak nak request male staff only pulak lepas ni..? MSO..
p/s: adapting..stop complaining..
BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN
Comments
Post a Comment