itulah sayang..!

 assalamualaikum, pembaca sekalian..


“Para  sahabat Rasulullah صلي الله عليه وسلم  apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fathul Bari, 2: 446)
Final Conclusion 

Saya dah berjumpa dan berbincang dengan Dr Khairi tentang pertukaran group untuk tahun 4 nanti sebentar tadi. Berikut adalah apa yang Dr Khairi sampaikan kepada saya.

1. Tahun 4 posting group kita akan ditukar kepada yang baru.
2. Posting group semasa ini tidak boleh dikekalkan untuk tahun depan.
3. Posting group yang baru ini akan diwujudkan dengan mengambil kira bilangan lelaki dan perempuan, race untuk menyimbangkan dan mevariasikan interaksi antara group members.
4. Sebarang permohonon untuk mengekalkan posting group semasa ini akan tidak dilayan.
5. Permohonon untuk tukar ke posting group yang lain mungkin boleh diterima jikalau sebab atau alasan yang diberi adalah kukuh and boleh diterima olehnya dan hanya boleh berbuat demikian selepas senarai posting group yang baru dikeluarkan untuk tatapan kita semua.

Yang cadangan untuk membuat permohonon untuk kekalkan posting group semasa kita ini adalah idea saya sendiri atas permintaan majoriti daripada kalangan kita. Tetapi Dr Khairi memberitahu cadangan ini tidak akan diterima walaupun diminta beberapa kali dengan tekankan prinsip2 dia iaitu menyimbangkan setiap posting group dengan race dan gender.

BOTTOM LINE: Kita tak boleh buat apa lagi dan cuma boleh terima hakikat iaitu posting group kita di tahun 4 nanti akan ditukar.

Saya cuma wakilkan diri untuk menyelesaikan masalah kita ini atas permintaan daripada kalangan kita dan sebarang maklumat yang saya terima daripada Dr Khairi kesemuanya saya dah sampaikan kepada anda semua di sini.

Harap maklum. Terima Kasih.
 petikan post yang ditulis oleh seorang batchmate aku kat laman muka buku..aik, amer kata takda facebook..!  hehe..apa-apa pun aku tak nak mengharap terlalu tinggi pasal pertukaran kumpulan posting tahun 4..


tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang
-itulah sayang by the ramlees

p/s: sangat suka rendang ayam..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

housemanship at hospital kulim..!

HOD..!

MBBS UniSZA..!