pentas lakonan..!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..moga sihat hendaknya..


Nabi saw. bersabda, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari)


sepanjang bergelar pelajar klinikal ini, satu benda yang saya belajar ialah macam mana untuk menjadi seorang pelakon..mari saya introduce watak-watak dalam filem pendek ini..


examiner sebagai pengarah
patient sebagai penulis skrip
hospital sebagai lokasi penggambaran
pelajar sebagai pelakon utama
chaperone sebagai pelakon tambahan
tahukah anda bahawa format peperiksaan bagi tahun klinikal we have this so-called long case..sepanjang posting berlangsung adalah masa terbaik untuk rehearsal sebelum hari pementasan..


during exam, our examiner bertindak sebagai pengarah..kadang-kadang sampai 2 orang pengarah..pengarah lah yang akan bertindak untuk menentukan genre filem pendek tersebut..


adakah ianya bergenre seram..ataupun drama..ataupun aksi..atau mungkin komedi..romantik pun boleh jugak..semuanya terpulang kepada mereka..

pesakit bertindak sebagai penulis skrip..merekalah yang akan membuat olahan cerita berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebelum diterjemahkan oleh pelakon..haruslah bijak bekerjasama dengan penulis skrip untuk hasil yang menarik..
kerana penulis skrip adalah mereka yang akan menjadikan sesebuah cerita itu happy ending mahupun sad ending..


lokasi penggambaran dilakukan di hospital..dan semua crew harus berada di lokasi penggambaran on time..


dan semestinya pelakon memainkan peranan untuk menghidupkan jalan cerita..haruslah pandai bermain dengan intonasi dan emosi..paling penting, seseorang pelakon itu perlulah berilmu (dan english yang slang)..
di akhir pementasan yang berlangsung selama 30 minit, hanya pengarah dan penulis skrip yang akan dapat bayaran..pelakon hanya akan diberi gred atas lakonan mereka..


sewaktu aku berada dalam medical posting lah aku rasa aku start belajar macam mana untuk menjadi pelakon yang hebat..bila masuk paed, lakonan aku diasah lagi..posting lain..hmm..hampeh nak belajar berlakon ni semua..


sepanjang year 3, aku dah berlakon pelbagai genre..bermacam kerenah penulis skrip..dan jugak berhadapan dengan bermacam-macam jenis pengarah..


filem pendek pertama aku berjudul unstable lie (comel sungguh tajuk) yang diarahkan oleh 2 orang pengarah dan bergenre drama..pengalaman pertama berlakon..huh..ternyata aku hanya pelakon gred B+..


lakonan kedua aku berjudul polytrauma yang diarahkan oleh seorang pengarah dan bergenre aksi, seram dan drama..aksi sebab penulis skrip aku tu jadi stunt man..seram sebab pengarah aku tu memang terkenal dengan genre seram..drama sebab sad ending..meleleh ayaq mata..


lakonan ketiga dan keempat aku mempunyai judul yang sama iaitu acute exacerbation of bronchial asthma secondary to upper respiratory tract infection (mak aii panjangnya tajuk)..seorang pengarah..genre komedi (dan sedikit romantik)..dan both happy endings..
lakonan terakhir aku berjudul bladder carcinoma with invasion to rectum yang diarahkan oleh 2 orang pengarah yang kedua-duanya suka memberi tunjuk ajar kepada pelakon..inilah pengarah yang kita mahu..genre mungkin drama sebab cerita yang diolah oleh penulis skrip sangat sedih..


overall, aku rasa lakonan aku yang aku dah bagi all out ialah sewaktu melakonkan filem pendek yang sangat panjang tajuknya itu..the rest, bolehlah..


semoga di tahun empat dan lima nanti lakonan aku akan bertambah mutu lagi..hehe..

p/s: tak sabar untuk tahu gred setiap lakonan aku hujung tahun 3 nanti..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

housemanship at hospital kulim..!

HOD..!

MBBS UniSZA..!