saya sibuk..!

assalamualaikum kawan-kawan..


"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)
aku tersangat lah stress dengan posting yang satu ini..banyak kerja lah nak kena buat..stress sampai naik jerawat..tidak perlu mention rasanya itu..


dan aku rasa banyak masa aku dihabiskan dengan benda yang tak sepatutnya aku sebagai medical student (ecece) buat..


sebab aku rasa semua kerja-kerja itu adalah kerja medical lecturer yang patut buat..teacher means teach..student means study..


bayangkan 2 hari berturut-turut aku sibuk prepare tutorial lah..seminar lah..case presentation lah..padahal aku pun nak study untuk exam..nak jugak tidur untuk rehat..

sebab tu aku akan tumpang tidur kat bilik orang dan suruh dikejutkan supaya aku boleh stay up dan buat kerja..iaitu prepare slide..


sebab aku tau kalau aku tidur kat bilik sendiri memang susah nak bangun untuk stay up..sebab tu aku tak nak mintak roommate tolong kejutkan..jadi ini lah guna kawan..

selepas habis presentation pagi tadi..tiba-tiba perasaan malas datang untuk tidak mahu buat apa-apa..mahu berehat..


sebagai ketua year 3 (ecece) yang tidak ada facebook..aku pinjam la akaun kawan tulis pasal idea aku..dan mahu mengumpul seberapa banyak tandatangan to show that mereka juga bersetuju dengan aku..dan dihantar ke meja dekan..


aku tulis something like kalau diorang tandatangan, then aku sayang diorang ketat-ketat..tetapi aku terlupa tulis kalau diorang tidak tandatangan what going to happen..?


aku patut tulis "kepada yang tidak tandatangan, aku musuh korang ketat-ketat"..


dan tidak sangka majority musuh aku tu datang dari postingmates aku sendiri..haha..


apa-apa pun mana lah boleh paksa orang amer woi..sila jangan gunakan kuasa veto hang sebagai ketua year 3..
sekian sahaja lah..nanti macam-macam benda merapu aku tulis..

p/s: boleh tak nak tulis yang posting pembedahan ini seperti tahi lembu jantan..ok dah tulis..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!