super awesome..!

assalamualaikum, penggali harta karun yang tidak dipaksa untuk menggali..salam manis dari pemilik harta karun yang sungguh manis orangnya ini..haha..semut jangan dekat..

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA, Rasulullah SAW bersabda, "Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan." (HR Tirmidzi) 
alhamulillah sudah puas berehat di rumah cuti seminggu..dapat lah menghilangkan tekanan sepanjang berada di posting lepas..waktu cuti jiran aku cakap aku makin kurus..macam biasa la aku jawab dalam hati, "dulu amir gemuk ke"..


nama dia dini..dia betina..dia sangat garang..tapi dia buah hati baru saya..hehe..kesian sorang-sorang sebab partner dia jantan dah mati akibat kanser prostat..haha..
aku bukannya nak cerita pasal dini ataupun dino, tapi aku nak menulis mengenai posting lepas aku yang sangat super awesome..my 3rd posting..medicine 1..
sebelum start posting, aku telah mengambil keputusan untuk spend satu minggu untuk prepare myself physically and psychologically..dan ianya sangat berbaloi dan membantu aku untuk survive dalam posting itu..


supervisor aku adalah seorang yang super awesome..suka bila join ward round dia dan medical officers nya..aku pun bila clerk dan examine patient, aku akan tiru style dia..very motherly..


aku suka environment dalam medical posting..orang-orang nya best dan super awesome belaka..baik lecturer mahupun specialist..walaupun banyak benda nak study tapi sangat best dapat menimba ilmu dengan mereka..


sepanjang 7 minggu, aku berkesempatan present long case kat mereka yang sangat-sangat super awesome..semuanya dibuat atas undian yang dipersetujui bersama..group aku buat mesyuarat tergempar nak cabut undi..tak pernah-pernah dibuat sebelum ini..


1st case aku present kat very senior lecturer in unisza..walaupun ramai tak suka dia..shhh..tapi aku selesa dapat belajar dengan dia..banyak input yang aku dapat dari dia..i love you la abang lam..


2nd case aku present kat endocrinologist tersohor negara..itu aku puji..memang ketaq lutut habis lah..tapi dia sangat-sangat best dalam mengajar..aku suka cara dia..malignant tapi at least dia bukan pembunuh secara senyap..


3rd case aku present kat ketua jabatan perubatan hospital sultanah nur zahirah..aku suka dia (lagu ainan tasneem sikit)..dia telah memberi aku motivasi untuk bersaing secara sihat dengan kaum hawa..


waktu minggu nephro aku dipilih secara rawak oleh nephrologist here untuk present short case..1st time present short case..terasa diri ini short..
macam aku cakap tadi group aku ada buat mesyuarat tergempar untuk kebaikan bersama..banyak lah perkara yang dibincangkan dan dibangkitkan..ada yang aku suka..dan ada yang aku tak suka..shhh..
idea untuk buat study group..aku sedia untuk memberi komitmen..tapi apabila kalian tidak menepati masa maka aku quit..


idea untuk each long case presented ditaip semula dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan..aku suka dengan idea tu..tapi kenapa kat tangan aku hanya ada 5 case je..mana yang lain..tercicir ke..
aku tidak suka apabila kalian suka membanding-bandingkan group kita dengan group lain..kalian suka kata previous group tak suka ikut ward round la..pergi kelas pukul 11 la..aku rasa group kita pun apa kurangnya..tambah-tambah si amir itu..
tutup cerita mesyuarat..minggu paling best bagi aku dalam medical ialah minggu cardiovascular..sebab itu adalah minggu pertama dan semangat aku time tu sangat berkobar-kobar..terus aku lupakan pasal 2 posting aku yang sebelum ini yang aku labelled them as boring..


minggu neurology jugak sangat best sebab dapat berkenalan dengan mereka yang super awesome..aku suka neuro..in fact, aku asyik mendapat firasat bahawa aku akan dapat case neuro dalam exam nanti..hehe..punya obses dengan neuro..


minggu nephrology pun best sebab aku ada peperiksaan percubaan time tu..ketua jabatan perubatan carikan satu patient untuk aku dan suruh aku clerk within about 1 hour something before dia datang nak dengar aku present..segala nota, buku dan handphone aku dirampas..huhu..


it is a case of ex intravenous drug user abuser presented with shortness of breath..suddenly the diagnosis is systemic lupus erythematosus..what..lupakan..

sepanjang di medical ada seorang visiting lecturer cakap previous group better than us..dush dush group aku kena tampar..lepas tu seorang specialist merajuk cancelled kelas cakap no teamwork among you all..dush dush kena tampar buat kali kedua..aku hanya mampu gelak kecil dalam hati..ketawakan group sendiri..haha (ni gelak besar)..


sepanjang dalam medical, paling tak boleh belah bila seorang adik ini masuk wad sebab telan 18 bijik paracetamol bersama air coke gara-gara putus cinta..tiba-tiba kat wad cinta tu bertaut kembali..siap boleh bergayut lagi..untung la (wah aku sudah pandai guna perkataan ini)..


aku rasa sangat bahagia dalam medical posting (walaupun ada pergolakan dalaman)..terasa mahu berada untuk seribu tahun lagi dalam posting ini..ini cakap orang yang tengah bahagia..


jom aku nak cerita pasal exam aku pulak..theory part bermula dengan one correct answer..tapi answer sheet diberi dalam bentuk true false..stress aku..awal-awal lagi dah spoil mood..


then followed by modified essay question..ruang yang diberi untuk jawap sangat lah kecik..stress aku..macam mana la abang lam nak tanda nanti..harap dia boleh baca la tulisan kami semua..


last theory paper is osce..yang ni pun aku stress..bukan setakat ruang untuk menjawab kecik tapi gambar ecg lead tu blur nak mampos..aku ni dah lah blur..apa-apa pun aku yakin semua orang boleh jawab theory part..senang je kan korang..telan air liur kejap..


malam sebelum long case exam aku tersangat lah stress..plus mengantuknya lagi..baru ingat tak nak tidur..tapi aku tidur je lah sebab aku rasa bila nak baca macam dah tak masuk..nasib baik pagi tu bangun awal sebab orang sebelah tengok bola..habis roommate aku diheretnya sekali..
sementara menunggu di luar wad untuk dipanggil masuk..rasa macam nak menangis time tu..tambah pulak dapat mesej dari sorang kawan aku ni memberi kata semangat lagi lah nak buat aku menangis..hampa semua patut berada kat tempat aku..
hari sebelum exam aku dah cakap yang aku nak patient lelaki..dan aku tak nak examiner yang sorang ni..case aku tak kisah sebab aku sedang belajar untuk tidak mengharap terlalu tinggi..
then prof cakap patient aku wad perempuan..aku pun berharap agar ianya middle-aged woman..examiner aku pulak memang aku tak kenal dan tak pernah nampak..so perasaan aku time tu hanyalah neutral..
aku 2nd cycle..aku dapat a case of 23-year-old lady with underlying bronchial asthma and young hypertension presented with shortness of breath..bila dengar asthma..huh..alhamdulillah..tapi bila dengar young hypertension..what..seminar aku tu yang aku sendiri pun tak paham..examiner aku pulak sangat lah baik..harap dia bukan silent killer lah..haha..


seriously aku bersyukur sangat dapat case itu..patient aku tu pun best..clerk sambil gelak-gelak..dah macam kawan..cikgu tadika..for sure budak-budak suka dia..cikgu comel kan..oopss..habis exam rasa macam nak peluk patient examiner..


ingat lagi waktu 1st posting aku dapat case unstable lie..aku pun memang unstable la lepas tu..2nd posting dapat case polytrauma..memang aku trauma lepas tu..this 3rd posting dapat case asthma..alhamdulillah, sehingga post ini ditulis aku belum kena apa-apa asthmatic attack pun..hehe..


semoga entri ini dapat memberi inspirasi kepada kalian..walaupun tak dapat inspirasi, buat-buat je lah korang dapat..

p/s: all in all, in medical posting, i learnt to appreciate my masa muda (eventhough aku akan sentiasa kelihatan awet muda hehe)..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!