cerita seram..!

assalamualaikum, kawan-kawan..greetings everyone..

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar(keldai) atau rupanya menjadi rupa himar ?" (HR. Muslim)

hari ini aku nak menulis tentang sebuah cerita seram..based on a true story..


ada sekumpulan 5 orang pelajar perubatan mahu mandi-manda di lata tembakah..


mereka ialah helmy, sharil, abdul, shaiful, dan muhammad..


dia ni lah ketua rombongan..


jalan hendak masuk ke sana sangat dalam dan dikelilingi hutan..gelap pulak tu..


mereka mahu bertanya jalan dengan penduduk setempat tapi malu sebab ketika itu azan maghrib berkumandang..silap-silap diceramahnya mereka..

mereka tiba sekitar pukul 8 malam..kalau diikutkan pengunjung dinasihatkan berada sehingga pukul 6 petang sahaja..tapi atas desakan jiwa muda mereka yang memberontak, mereka memberanikan diri untuk masuk jugak dalam keadaan gelap..


tiba-tiba ada seorang pemuda mengaku sebagai penjaga waktu malam datang dari arah atas bersetuju untuk membenarkan mereka mandi..mereka di  bawa berjalan ke tempat lagi tinggi mengharungi jambatan gantung..


muhammad tidak mandi kerana tidak membawa baju lebih..manakala shaiful tidak mandi kerana terdapat luka di tangannya takut akan terkena leptospirosis..sungguh bajet pelajar perubatan itu..
setelah puas mandi, mereka meminta pemuda itu tolong ambil gambar sebagai kenang-kenangan..


setelah itu mereka pun beredar tanpa sempat mahu bertanya nama pemuda itu dan juga bersalam dengannya..pemuda itu terus hilang..


persoalannya kini..siapakah pemuda itu..adakah dia benar-benar wujud..jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri..buahahaha..

p/s: tak terfikir pun sebelum ni..tapi setelah 2 orang bertanya kan benda ini..jadi aku pun terfikir la sebentar..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!