semester 4, apa aku dah buat..!

assalamualaikum, semua pambaca yang awesome lagi awesome..see..betapa awesomenya anda semua..(aku ni tak habis-habis dengan awesome)..

sebelum apa-apa..selamat hari raya..(sambil buat muka suci lagi murni)..
post kali ni nak tulis pasal apa yang aku dah lalui sepanjang semester 4..post ni dah duduk kat dalam draft folder aku..dah sampai maidam ni, masa untuk completekan then publish..

(1) celebrate kejayaan satu batch pass our semester 3 final exam kat pantai pok tuyu..(panjangnya tajuk)..

kopiah/songkok walau di mana..this is what we call awesome..(aku suka perkataan awesome)..


17 orang ja..yang lagi sorang tu kena ikat kot..jap..time tu bulan apa ek..? haha..


dukung..


dukung lagi..


dan dukung lagi..


lompat..


lompat lagi..


dan lompat lagi..


(fokuskan kepada makhluk berbaju kuning kat tepi tu)..ke depan..


ke depan lagi..


dan ke depan lagi..


tara (blink-blink)..sudah di depan..ye lah class monitor kena lah di depan..hmm, make sense..

(2) menjadi ajk practical day..


ini sahaja gambar yang diluluskan untuk paparan semua..

(3) menjejakkan kaki ke TTI..


sampai jugak kat sini dengan kawan-kawan selepas dah nak dekat 2 tahun aku kat terengganu ni..


time ni pergi sebab baru habis exam musculoskeletal system (jangan disebut pasal exam ini)..

(4) GMJ..


apa itu GMJ..? sila klik di sini..

(5) kuda ku lari gagah berani..


naik kuda aku sem ni..bukan 'naik kuda' ye..


trivia: which cranial nerve intact in these patients..?
answer: cranial nerve vii..


kejadian ini dirakamkan seminggu sebelum exam central nervous system..tetapi kejadian semasa exam tidak dapat dipaparkan kerana mengandungi unsur-unsur pecah otak yang melampau..

(6) bengkel 1citizen..


(copyright of mr ayub and mr amir)..kejadian ini pula dirakamkan selepas exam central nervous system..please follow the rules ya..

(7) TSH..


TSH..bukan thyroid-stimulating hormone..tapi taman sinar harapan..class monitor dah warning tidak dibenarkan upload apa-apa gambar yang diambil kat mana-mana laman sosial..

(8) dinner 2012..


entry sebelum ni aku dah upload gambar pasal dinner ni..so entry ni aku upload gambar air dah lah ye..abaikan gambar manusia-manusia yang kelihatan itu..fokus pada ayaq..

(9) hari keluarga permata 2012..


go amer..go amer..don't break their heart amer..oops ahh ohh yeah..oops ahh ohh yeah..

(10) berpuasa ramadhan dengan batchmate (walaupun beberapa hari ja)..


gambar ini sekadar hiasan semata-mata..

(11) professional exam 1..


sebelum bercakap pasal exam..makhluk ini lah yang rajin mai bilik aku sepanjang study week hari tu..hey kucing..kalau tak suka aku pun, at least pura-pura la sikit suka nak ambik gambar dengan aku..nak main expressi muka dengan aku ya..mai aku tunjuk expressi muka aku time exam..


reaksi muka aku ketika menjawab problem-based questions apabila salah seorang batchmate aku angkat tangan minta permission nak ambik colour pencil..errkkk..(sambil kembangkan hidung)..


reaksi muka aku ketika menjawab short essay questions apabila salah seorang pengawas sanggup bukak her mobile dictionary untuk define perkataan 'postprandial' kat aku yang tak tau binatang apa la pulak ni..ingat nak angkat tangan lagi, "miss, can you please google search for me the formation of urinary cast?"..


reaksi muka aku ketika menjawab osce paper apabila melihat soalan pharmacology yang entah apa-apa..(nak cubit pipi budak ni boleh sampai naik merah)


reaksi muka aku ketika menjawab first mcq paper apabila melihatkan tak banyak soalan physiology dan tak banyak jugak komponen-komponen lain yang ditanya..aik prof, kata semua lecture masuk..


reaksi muka aku ketika menjawab second mcq paper apabila melihatkan banyak gila soalan public health..mimpi ngeri aku last paper hari tu..(nak tumbuk muka budak ni boleh)..

(12) doakan kami di clinical year..


dah 2 tahun bersama dengan batchmate aku..kalau boleh tag la kat blog ni, memang aku tag sorang-sorang..sekian sahaja..terima kasih sebab datang beraya kat sini..

p/s: if words could kill, i think many people have died because of mine..and if that's including you (that means you), i would like to apologise for all that i've done throughout this semester..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

  1. whoaaa, awesome entry nih....semoga Sem seterusnya akan lebeh cemerlang, gemilang & terbilang....hahaha, Salam Aidilfitri, sama2lah kita saling bermaafan, dan jgn pernah berhenti, kerana manusia ada salah silapnya....hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!