zaman sekolah rendah..!

assalamualaikum, semua..salam 1malaysia..
Allah berfirman, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (al Baqarah : 120)


post kali ni aku nak share pasal zaman sekolah rendah aku..beberapa fakta yang pembaca semua kena tahu..hehe..hampa kan sayang aku..
aku pernah gemparkan satu kelas time darjah satu apabila seekor katak tiba-tiba keluar dari beg aku..terus cikgu cop aku lempaq beg merata-rata kat rumah..


aku ni pengawas dari darjah 3 sampai darjah 6..aku pernah jadi mc perhimpunan, pernah naikkan bendera time perhimpunan, jaga kelas time cikgu meeting, dan lain-lain lagi..


aku pernah kena denda kutip sampah kat kawasan perhimpunan sebab group aku takde sorang pun yang volunteer nak present kat depan kelas..time tu subjek bm kot..


aku juga pernah kena denda jalan itik dari kelas ke makmal sains..time tu darjah 5..satu kelas kena..tak boleh short cut..kena guna jalan long cut so that kelas lain tengok aksi kami tu..


time darjah 5 jugak satu kelas pernah kena tampar dengan guru kelas kitorang sebab bising..hehe..aku bising ke..?
aku pernah wakil sekolah untuk pertandingan menulis jawi time darjah 2 dan darjah 3..tulisan jawi aku hensem kot..hehe..(sila muntah hijau)..


aku juga pernah wakil sekolah untuk pertandingan pidato piala diraja..jadi simpanan ada, jadi peserta pun ada..tapi tak pernah menang pun..hehe..


aku juga pernah wakil pertandingan sajak..ingat lagi time cikgu audition aku, cikgu tu cakap aku bersajak tanpa ada tomakninah..hehe..tapi aku lepas kot ujibakat tu..


satu benda yang hampa semua perlu tau ialah semua pertandingan yang aku masuk time sekolah rendah dulu, satu pun aku tak pernah menang..termasuklah kuiz sains..hehe..


time sekolah rendah, aku sikat rambat seperti ini..hehe..skema kan..? tapi time darjah 6 aku ubah gaya rambut yang kekal sampai ke hari ni..haha..
perkara paling memalukan yang aku pernah buat time sekolah rendah ialah benda alah ni..hampa paham kan..kalau tak paham, buat-buat la paham..malu nak cerita..

p/s: terima kasih sekolah kebangsaan sungai kob..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aku pernah tampar anak org mase sek rendah..kahkah.jahat giler aku

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!