berhenti berharap..!

assalamualaikum, semua..selamat datang (aku suka ayat ni)..
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

sorry kawan-kawan tak dapat join makan tengah hari dengan hampa semua sebab time tu aku masih lagi dibuai mimpi indah..hehe..

post kali ni nak cakap pasal harapan..frankly speaking aku banyak meletakkan harapan once aku masuk medicine ni..lebih-lebih lagi in terms of study..sebab dah terbiasa dari zaman sekolah lagi..

sekolah rendah dulu aku tak pernah letak harapan apa-apa..cita-cita aku time tu nak jadi cikgu lah, businessman la, wartawan la, dan bla bla bla..aku juga tak pernah fikir time tu untuk nak score dalam exam, nak masuk universiti, dan bla bla bla..budak-budak lagi kan..(aku tak pernah rindu nak balik sekolah rendah aku balik)..

masuk sekolah menengah aku dah mula letak harapan yang tinggi untuk pmr dan spm..aku rasa bukan aku sorang je..cikgu-cikgu pun sama..mereka terlalu expect something dari figura bernama shaifulamir..not to say murid emas..tapi time aku ponteng sekolah beberapa hari (minggu actually) selepas trial spm atas alasan nak study kat rumah, cikgu langsung tak marah aku..(aku rindu la jugak sekolah menengah tapi untuk balik ke sana balik takkan kot)..

zaman matrik pun aku letak harapan yang tinggi untuk score dalam exam..sangat frust with my 1st sem..dan aku pilih untuk letak medicine dalam senarai upu at the last minute bila last boleh ubah upu tu sebab sebelum tu aku kuat untuk nak ambik biology..nak join pendidikan la..(aku rindu kmpk)..


dan bila masuk u pun sama..aku letak harapan nak score dalam setiap module..nak cemerlang dalam final exam..tapi dengan apa yang dah jadi dalam hidup aku sem ni, aku dah berhenti berharap..satu je harapan aku..AKU JUST NAK PASS..

stop expecting something from me sebab shaifulamir now is nobody..

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

p/s: aku mendoakan yang terbaik untuk kita semua..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Popular posts from this blog

housemanship at hospital kulim..!

MBBS UniSZA..!

medical student di hospital kulim..!