2012 aku bermula..!
assalamualaikum, semua pembaca yang budiman..

Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)
info untuk hari ini..hehe..
ye tahu..semua orang rindu nak gali harta karun aku..hehe..jadi aku hadiahkan box of smiles ni kat hampa semua peminat setia harta karun amer (dah start perasan)..
lama tak update blog sebab busy dengan exam kan..habis neisseria gonorrhea colonise kat harta karun aku..but my blog is not warm, moist areas..pergi hampa semua dari sini..
permulaan 2012 yang sangat-sangat suram bagi aku..banyak benda yang berlaku dan kebanyakannya berkisar tentang kesedihan dan kekecewaan (wah ayat)..
bermula dengan result endocrine module aku yang sangat mengecewakan sampai terdetik dalam hati aku, "percuma berjaga sampai lewat malam sampai tak tidur but at the end failed in the exam"..
lepas tu start comparing ourselves dengan orang lain yang jauh lebih pandai dan hebat dari kita..padahal setiap orang tu ada rezeki masing-masing..semuanya about usaha..
benda tu lah yang telah buat aku tak senang duduk sepanjang study week..ye lah..tiket nak balik kampung pun dah beli..tambah sedih bila baca post one of my batchmate kat fb..

final exam sem 3 ni pulak aku bernasih sangatlah tidak baik..kena tegur (marah sebenarnya) oleh lecturer sebab masih menulis walaupun masa dah habis..datang lambat ke dewan exam la..

times up..please stop writing..dan time tu lah aku terhegeh-hegeh nak jawab soalan..pastu kena sebijik dengan doktor..
hari last pun aku lambat jugak..doktor datang kat meja cakap "bokpe selalu mari lambat ni" (lebih kurang la)..senyum je la aku..tak perlu kata apa-apa..
last paper pun aku datang lambat lagi..macam mana nak jadi doktor ni, mari dewan exam pun lambat..doktor apa macam ni..kalau kat emergency, patient dah collapse ni..attitude..hmm..memang down aku time nak jawab last paper tu..
apa-apa pun..memang salah aku..next time insyaallah tak buat lagi..ok..sekarang ni nak cerita pasal exam pulak..
1st paper..paper essay..happy sebab past year questions keluar..tapi unhappy bila masa tak cukup nak siapkan semua soalan..sila jangan tanya aku berapa banyak soalan yang aku tinggal..

disebabkan poor time management, doktor siap tinggalkan wasiat lagi kat aku menerusi iman dan ayub.."kamu tolong bagitau amir suruh dia jangan sibuk-sibuk nak buat draft tebal-tebal"..sayang doktor..

2nd paper..osce..sedih sebab takde satu pun spot patho yang betul-betul keluar..paling best semestinya per-rectal examination..terima kasih, abang nash..
last paper..2 papers mcq..dua-dua tough..selamat la ada jugak soalan dari previous eom keluar..tapi tak guna jugak keluar kalau tak ingat jawapan dia..
aku telah bekerja keras sekian lama
seolah-olah seperti sakit satu-satunya rakan aku
hati aku yang rapuh melakukan salah sebelumnya
aku tertanya-tanya jika aku hendak sembuh semula
sama seperti semua musim tidak pernah tetap sama
di sekeliling aku, aku dapat merasakan perubahan
aku akan pecahkan rantai yang mengikat aku, kebahagiaan akan dapati aku
meninggalkan masa lalu di belakang aku, hari ini hidup aku bermula,
dunia baru yang sedang menunggu untuk aku ambil,
aku tahu aku boleh buat, hari ini hidup aku bermula
semalam telah datang dan pergi
dan aku telah belajar bagaimana untuk meninggalkan di mana ia
dan aku melihat bahawa aku adalah salah
selama-lamanya meragui aku boleh menang
p/s: hey, my ex-roommate yang tersayang, selamat hari jadi..semoga bertambah hot dari hari ke hari..huhu..
BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN
la tahzan...semua ada hikmahnya...ALLAH pasti tahu yg terbaik buat kita....kualiti ko sbgai Medical student yg penting, bukannya result ko...patient bukan nk tahu result ko pown, mereka nk service ko....dont ever give up....
ReplyDeleteSyukran atas segala pertolongan yg ko berikan dlm memudahkan urusan kita semua...InsyaALLAH, kita beramal dgn Hadis yg ko post ni...
Happy Holiday...struggle for Pro- Exam 1