tekanan..!

assalamualaikum, semua..rindunya kat hampa semua..rindu sangat-sangat..10 merupakan skala kerinduan aku..hehe..
Rasulullah s.a.w. bersabda, ada tiga yang akan menghantar jenazah ke kubur, iaitu keluarganya, hartanya dan 'amalnya. Dua akan kembali dan satu akan tetap bersamanya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan 'amalnya akan tetap setia bersamanya. (HR Bukhari & Muslim)

aku sangat-sangatlah sibuk lately sehinggga menyebabkan aku tak punya masa nak update blog..aku tau yang ramai yang tertunggu-tunggu post baru dari aku..hehe..

busy dengan assignment subjek university yang macam tuttttt..dengan artikelnya lah..dengan dokumentarinya lah..ni nanti dengan produknya  lah..report papernya lah..seriously macam tuttt..censored di situ..

medical subjects pun tough jugak..endocrine looks easy but then soalan baru-baru ni macam tuttt (censored lagi)..lagi satu yang aku tension is result eom urinary yang aku sendiri belum tahu..menunggu result eom yang  tak tahu-tahu lagi (nyanyi seperti zivilla band nyanyi lagu aishiteru)..

macam biasa, bila dah lama aku tak update blog ni mesti ada benda-benda yang menarik jadi..tapi takde lah best sangat..biasa-biasa je..dah nak start tanam ni..


seharian aku and group aku berjalan-jalan di sekitar kuala terengganu mencari tempat makan yang best..ni semua untuk dokumentari kitorang pasal makanan..jangan risau coz nanti aku akan buat post special pasal dokumentari tu..tunggu..

aku kena bakar dengan pensyarah koko aku..ye..memang terbako..sebab tu la i am moral down..tapi apa pun life must go on (errkkk)..

dan aku jugak tak habis-habis asyik nak terjatuh di hadapan orang ramai..nak terjatuh..bukan jatuh..paling banyak is kat kafe kampus yang memang licin lantainya..mujur aku boleh imbangkan badan aku..hehe..

sekarang ni monsoon season kat sebelah pantai timur..payung memang kawan paling rapat sekarang ni..dan banyak kali jugak lah aku ni main hujan..main hujan memang best..tapi waktu kecik-kecik la..dah besar dah tak best..

sekarang aku tau kenapa orang suka rempit atas jalan kat terengganu..sebab best kot..haha..sila jangan tiru aksi ini ok..

aku dapat belajar something new iaitu menulis jawi dengan menggunakan on screen keyboard..نام ساي امير..
bolehlah..


salam maal hijrah semua..moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya..jangan tanya azam baru aku sebab aku tak nak tulis kat sini..
sekian sahaja..aku sangat tertekan sekarang ini..hopefully result eom besok tidak menekan aku lagi..memang benar..penantian itu suatu yang menyeksakan..(aku mimpi dapat c-)..

p/s: nak pergi tti..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

  1. insyaALLAH, kita dpt result bagus!! kita dah usaha sehabis baik kan!!

    hope stress tu blah cepat2 dari hidup kita...

    ko dah byk kemajuaan dlm bw motor...keep it up...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!