ex-roommate aku orang kelantan part 2..!

assalamualaikum..apa habaq..? moga sihat-sihat aja..
Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

seperti yang dijanjikan, entri kali ni aku nak menulis pasal part two pulak..aku nak update more details pasal trip to kelantan..

day one: 27/10/11

1. bertolak dari MAIDAM..


bertolak dari MAIDAM dalam pukul 10am something (if i am not mistaken)..gambar ni bukan kat MAIDAM..tapi saja nak tunjuk barang yang sarat..

2. jalan-jalan..


aku sempat beli sandal yang memang aku dah lama cari..dan saiz kaki aku is saiz 6..besar tak kaki aku..? hehe..


bergambar dengan domo dan mamat yang histeria bila jumpa domo..amir pandang kamera..


saya tahan lapar sebab malamnya nanti nak makan banyak..biar cephalic phase yang bekerja..gastric phase rehat dulu..

3. massage..


aku pun tak lepaskan peluang untuk memanjakan diri kat kerusi urut..sehingga ke tulang sum-sum aku dia urut..terganggu process of formation of new blood cells..hehe..

4. main boling..


awal-awal dah nampak dah bola aku nak masuk longkang..suka sangat aku ni buat kerja amal membersihkan aliran longkang..

5. masjid muhammadi (betul kot)..


mana gambar kita beramai-ramai kat pintu gerbang ni..? 


dan aku beli kopiah ini seperti yang digayakan oleh dua orang model-bajet-melecur di atas..

6. makan banyak-banyak..


cepat kawan-kawan masak..saya nak makan..saya nak menang cabaran makan paling banyak..


tolong-tolong..asap-asap..pedih-pedih..nak bukak mata susah-susah..gambar aku tak cantik-tak cantik..


kami dari jepun..dan kami suka makan di sini setiap kali bercuti di malaysia..kami pandai berbahasa melayu..kami dapat A1 semasa SPM..hehe..

day two: 28/10/11

1. breakfast di kedai mamak..


makan bersama ayah dan juga adik aiman..cer teka aiman kiri or kanan..? muka nak sama..cara jalan pun nak sama..aku tau ar coz setahun kot aku dok dengan aiman (semua orang dah tau la)..


aku makan capati..pekerja bangla kat situ tak paham bahasa melayu sangat..

2. pengkalan kubor..


comel kan (i mean kaki aku haha)..aku just beli key chain ja kat sini..dan magnet peti sejuk..

3. usm..


pelajar medic unisza bersama pelajar medic usm..

4. bertolak balik MAIDAM..


dalam lepas 6.40pm something bertolak balik dari rumah apih..alhamdulillah sampai MAIDAM dalam 11pm..


sekian sahaja..sebenarnya ada lagi tempat yang kitorang pergi..malas nak tulis..hehe..terima kasih kerana membaca..

p/s: macam nak demam..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!