mimpi yang sempurna..!

assalamualaikum..semoga hari kalian lebih baik..

post kali ni dibuat sebagai ucapan terima kasih aku pada semua yang telah bersama dengan aku sepanjang 20 tahun aku kenal apa itu kehidupan (wah ayat tangkap leleh)..

1st of all definitely my family..like what i used to say before..family is not my 1st priority, but they are my top priority..

terima kasih jugak buat semua kawan-kawan aku dari zaman sekolah tadika sampai la sekarang ni..nak kata aku ni banyak kawan pun tak jugak..maybe sebab aku ni tak pandai bergaul siap ada orang cakap aku ni sombong lagi..


zaman aku budak-budak aku tak aktif sangat (sekarang aktif ke)..aku sendiri pun lupa siapa yang sama tadika dengan aku dulu..see betapa aku tak making friends during kecik-kecik..


zaman sekolah rendah aku start dikenali (bajet famous) time darjah 6..tu pun gara-gara satu insiden..hehe..budak yang tak pernah sembang dengan aku pun boleh sembang dengan aku..memang best la..rasa macam ramai kawan..


zaman sekolah menengah aku low profile dari form 1 sampai form 3..form 4 dan form 5 aku rasa ada ramai kawan..so memang tak salah la time aku mintak nak tukar kelas dari form 4..


zaman matrikulasi is zaman paling best..aku kenal ramai orang..dan paling penting aku belajar macam mana nak hidup..still dalam ingatan..


zaman aku kerja kilang kat dell pula aku belajar untuk bergaul dengan semua orang..from bawahan sampai lah supervisor..dan aku ada sorang kawan pengkid kat situ (hopefully dia tak baca)..


zaman universiti pulak aku punya kawan yang superb (saje nak puji hampa lebih)..dan aku belajar benda baru yang sangat manis..


zaman kerja kat shell pulak aku ada kawan dari golongan yang dah berkahwin..tak sabar nak jumpa bini dan anak-anak dia..terasa diri ini matang..


itulah variasi kawan-kawan sepanjang 20 tahun aku celik mata ni..terima kasih jugak kat semua yang kenal siapa shaifulamir seadanya..


umur 20 tahun antara umur yang aku tunggu..well..mimpi yang sempurna..

Mungkinkah bila kubertanya pada bintang-bintang
Dan bila kumulai merasa bahasa kesunyian
Sadarkah aku yang berjalan dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata semua dalam keraguan

Aku dan semua yang terluka karena kita

Aku kan menghilang dalam gelap malam
Lepas ku melayang
Biarlah kubertanya pada bintang-bintang
Tentang arti kita

Dalam mimpi yang sempurna


p/s: thanks kepada semua yang wish..untuk rekod..aiman paling awal in terms of lisan..kakak paling awal in terms of mesej followed by kak moon and feez..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!