ex-roommate aku orang kelantan part 1..!

assalamualaikum,semua..moga dalam happy iman..tak payah nak sedih-sedih..suka la tu amer ada buat post baru..jangan start perasan, amer..

Allah mengajar orang-orang yang beriman dengan suatu adab yang baik iaitulah adab pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 86)



entri kali ni aku nak update pasal trip to kelantan (tajuk entri ni takde kena mengena pun)..1st time jugak ar keluar dengan kawan-kawan sepanjang keberadaan aku di unisza ni..


kenapa mesti ada part one..sebab part one ni aku akan letak gambar-gambar dari kamera haikal..part two nanti pulak aku letak gambar-gambar dari phone aiman..part three pulak aku akan syok sendiri..haha..


mereka yang terlibat dalam trip ini adalah seramai 10 orang (plus cameraman)..kesemuanya masih single (abaikan statement ni)..


selamat datang ke kelantan darul naim..negeri kelahiran ex-roommate aku yang menaja penginapan kami sepanjang di sana..murah rezeki..ni aku sayang ni..


main boling..kalau hampa nak tau, that was my 1st time main boling (mulut ternganga)..sebelum ni semua pelawaan main boling aku tolak coz fobia tak bertempat..hehe..


amir: alamak, larat ke aku nak angkat bola ni..? aku ni dah lah belum makan lagi ni..kawan-kawan cover aku..kalau aku jatuh, cakap nama aku rain..


aiman: jangan risau, mir..aku tau ko boleh..setahun aku dok dengan ko..aku kenal ko..
amir: habis tu kenapa ko keluar dari bilik (???)..eh gurau je..hehe..


amir: ala,aiman..jangan la rakam aksi terlampau aku main boling..malu..
aiman: jangan banyak songeh..cepat baling..dah record dah ni..jangan bazir battery phone aku..


nenek-nenek si bongkok tiga..pink lagi..dah tu yang paling ringan..jangan tengok lama-lama..hehe..bahaya..(ok aku dah ting-tong)..


aiman: gaya dah ada,mir..cuma kena banyak practice lagi..hehe..mai sini aku tunjuk cara orang pro main..
amir: pro..? did you mean professional exam..? haha..


yang pasti aku bukan berada dalam kedudukan terakhir at the end of the game..aku tempat ke 7 out of 9..sorang tak boleh main disebabkan injured..


3 mamat yang..errrr..jangan tulis amir..hehe..full stop di situ..nak tulis jugak..aku cakap jangan..ok..you win..hehe..


amir (monolog): kawan-kawan cepatlah..saya dah lapar ni..bila kita nak makan ni..perut aku dah buat konsert jemput artis luar negara lagi..


apa persamaan si baju merah dan si baju koko..they are so posing maut (dalam gambar ni je lah)..apa persamaan si-si baju putih..jangan cakap..kami tau kami panas..lalala (muka tak bersalah)..


another posing maut..hehe..jangan marah..nanti kena jual kat pengkalan kubur..goods sold are not returnable..hehe..


kami pelajar-perubatan-unisza-tapi-bajet-usm memohon ampun dan maaf andai gambar ni make you all jealous (especially those yang tak dapat join kitorang pergi kelantan)..lalala (muka mintak penampar)..


nak buat ucapan lagi..good luck untuk eom result..jangan anda dijadikan korban time raya haji nanti sudahlah gara-gara result punya pasai..hmm..


aiman: cepat cakap yang aku ni paling hot kalau tak aku terjun..
kami: ??? errr..(nak cakap tak nak)..

sekian sahaja..part one ni more or less aku nak merapu je..part two nanti i try to be serious..hehe..smile always..

p/s: disebabkan adegan terjun, aiman telah injured..baru tadi dia ambik minyak gamat kat aku..serius..haha..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!