tiada yang memalukan..!

assalamualaikum..at last dapat jugak tulis post dari bilik aku kat maidam ni..dan blog aku dah boleh digali semula..gali lah puas-puas..hehe..


sem baru pun dah seminggu start..aku tak mau cakap pasal apa azam baru coz aku takut aku ni hangat-hangat tahi ayam je..


dan sepanjang seminggu sem 3 bermula, jangan risau coz tiada benda yang memalukan berlaku kat aku..hehe..memalukan macam mana tu..?


jatuh tangga..selamat coz kelas sem ni kat tempat baru which satu level lebih rendah dari sem lepas..jadi aku tak payah nak naik banyak tangga..dan probability untuk aku jatuh tangga tu sangat la tipis..


jatuh kerusi..sepanjang seminggu ni belum lagi la..tak kisah la jatuh dari kerusi kat kafe ke..kat library ke..kat kelas ke like what prof mainul did..haha (gelak jahat)..


terlanggar tingkap atau cermin berkaca (cermin confirm la kaca)..aku pernah sekali terlanggar kat library sehingga mengeluarkan bunyi yang agak kuat (jangan risau coz tak pecah)..malu tak payah cerita..dah terlangggar, orang tengok, then aku pun cakap sorry (coz mengeluarkan bunyi kat library)..


terlanggar pintu..sem ni belum lagi lah..sem lepas dah..again pintu library (bajet nak cakap yang aku ni rajin pi library la ni)..sampai luka kat jari aku..


selamat la sepanjang seminggu ni tak berlaku benda yang memalukan macam yang being listed just now..kalau berlaku hopefully takde orang nampak..kalau ada yang nampak, jangan gelak depan aku..gelak belakang ok (kutuk belakang tak boleh)..kalau la berlaku, berikut adalah tips berguna..

KALAU TERSEPAK BATU.
Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring
dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai,
bila sudah tiada yang nampak, barulah anda bangun.
KALAU TERJATUH BASIKAL.
Cepat-cepat naik basikal anda semula
dan buat-buat jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sengaja buat lawak
KALAU TERJATUH DALAM LONGKANG.
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat,
pasti orang menyangka anda seorang yang sangat prihatin terhadap kebersihan
KALAU JATUH KETIKA NAK NAIK BAS.
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda.
Kalau tak ada yang membantu, baring terus sampai malam sehingga tiada orang kerana
inilah masa yang paling tepat untuk anda bangun semula.
KALAU JATUH TERGELINCIR DI LANTAI LICIN.
jeritlah kuat-kuat. Oii apa ni tolak-tolak orang,
walaupun sebenarnya tiada orang di belakang anda
SELAMAT MENCUBA!


sem baru..mesti ada benda baru kan..aku pun nak cerita jugak pasal benda baru dalam hidup aku untuk sem baru ni..


aku dapat roommate baru..jangan risau coz aku takkan cerita pasal dia kat dalam ni (bukan harta karun dia what)..


kuliah di tempat baru..ye..dewan teater (teater coz kami semua ni pandai berlakon dalam kuliah)..no more bilik kuliah..gambar yang anda tengok ini tidak melambangkan dewan teater yang sebenar..haha..


lecturer pun ada azam baru jugak such as datang awal ke kuliah..pakai kemeja long sleeves ketika kuliah..pakai lab coat ketika kuliah..banyak buat lawak dalam kuliah..ugut student dalam kuliah..berazam untuk kekalkan azam yang lama..(sila abaikan perenggan ini)..


 no more on screen keyboard..aku taip-taip..tengok-tengok keyboard aku dah ok..alhamdulillah..senang kerja aku..


sehari sebelum sem baru start, aku dan kawan-kawan aku telah dipanggil untuk menjayakan sesi penggambaran dokumentari bertajuk sepetang bersama mak guard (any other proper word please tell me) dan juga one of my microbe lecturer (confirm markah continuous assessment microbiology kitorang paling tinggi nanti)..


 dalam dokumentari tersebut aku menjadi tukang tuang air ke dalam gelas ahli panel yang lain (well aku pelakon utama kan)..haha..


jua ku jua rempit..???..terima kasih kepada semua penaja yang terlibat dalam dokumentari tersebut terutamanya mereka yang bagi pinjam motor beserta helmet (pakej lengkap)..hari sabtu ni sponsor la lagi..


sekian sahaja..nanti aku tulis lagi..tengah nak menjayakan misi besar ni..moga dipermudahkan..

p/s: TEKANAN (caps lock means i really meant it)..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!