nocturnal..!

assalamualaikum..semoga sihat belaka..terima kasih sebab memilih untuk menggali harta karun amer..

sebelum ni cuti kat rumah rajinlah jugak update blog..kalau boleh tiap-tiap hari nak update..tapi bila dah start nak belajaq balik ni tak bolehlah nak update selalu (aku tau hampa rindu kat tulisan aku)..

sabtu lepas aku terlibat dengan pesta konvo kat unisza ni..kat gong badak..ala kampus utama tu..semangat jugak nak pi sebab nak gain experience..

task yang diberikan is jaga booth faculty..pemeriksaan kesihatan percuma..so memang ramai la yang serbu..dari semua lapisan masyarakat..

alang-alang dah ada kat sana, apa lagi makan la sebab makanan kat sana murah..dan makan kat sana jugak antara motif utama aku..memang banyak booth makanan..

yap..makan char kui tiau (minta maaflah cikgu BM kalau saya salah eja)..yang lain dapat 2 ekor udang..aku dapat 3 ekor..si ayah..si emak..dan si anak..what a happy family..!

tapi yang spoil mood aku time tu is driver yang tak mesra student..sampai aku pun nak kena marah..memang tak patut..

lagi satu dah lah booth mbbs kitorang terletak kat hujung jalan..mana la ada orang nak lalu dengan sesaknya..so kitorang buat la muka tak tau malu tumpang kat booth course lain..

sekarang ni tengah tension dengan info pasal pbl yang aku sendiri pun tak tau macam mana nak cari, organise and explain nanti..

dan aku juga tengah stress dengan keyboard aku yang sat ok sat tak ok..aku taip ni pun guna on screen keyboard coz ada certain huruf tak boleh tekan..

tadi sempat pergi pasar malam..dan aku hanya beli makanan untuk nyam-nyam sahaja..bukan sebab nak diet (kalau aku diet makin kering ar) tapi sebab dah janji dengan kawan-kawan aku nak masak makan bersama..

kitorang makan benda alah ni..dan yang pasti bukan aku yang masak..bukan aku yang bancuh ayaq..aku tak nak sebut sapa yang buat kerja tu coz nanti saham diorang naik (dan saham aku jatuh)..hehe..

aku sekarang ni dalam module urinary system..ye..kencing..kencing..dan kencing..huhu..lu orang kena kencing sama gua..

batuk dan sakit tekak lately..baru lepas hisap woods beberapa jam lepas..hopefully semuanya baik-baik saja..


selalu termenung di luar jendela (wah ayat tak boleh blah)..ini merupakan salah satu daripada symptom-symptom saya-tak-suka-hari-sabtu-sebab-ada-koko syndrome (nama sindrom terpanjang di dunia tercatat dalam world's guiness book of record)..


saya species nocturnal..saya jinak..kadang-kadang menjadi liar apabila privacy saya diganggu..jangan kacau bila saya tidur..ada yang berminat nak jadikan saya sebagai peliharaan..?
sekian sahaja..kalau ada masa lagi aku tulis lagi (bajet sibuk la ni)..sekarang ni keyboard aku ok lah pulak..hmm..tak lama tu..

p/s: saya tak suka pencemaran bunyi..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!