karena ku cinta kau..!

assalamualaikum wbt..saya tahu anda semua masih dalam mood raya..yeah..i know what you did last raya..

bila raya je mesti banyak dapat kad raya, mesej raya, kuih raya, dan duit raya (saya still dapat)..post kali ni aku nak share mesej raya yang aku dapat dari kawan-kawan..hanya yang terpilih sahaja..kita tengok sapa yang kena..

Salam..pngumuman (sory xd micr0f0n,sms je la)..
1.blk ikut p0rtal,s0 better blk be4 Fri tok deal blk (pndai2 adjust tiket)
2.enj0y raya k sbb nnt stdy weeks pr0 spjng ramadhan,exam pr0 awal syawal (rasanye)
3.SLMT HARI RAYA AIDILFITRI..lastly,hayati & ambil cakna firman ALLAH ni "sesungguhnya Kami telah mjadikan apa yg ada di bumi sbgai phiasan baginya utk Kami mguji mereka siapakah di antaranya yg tbaik pbuatanny"
Al-Kahfi ayt 7
Group Message by Iman:-D

pemilik harta karun: mesej ni best sebab dia telah berjaya buat aku cuak selama nak pergi beraya dengan ugutan bahawa exam pro nanti awal syawal..thanks, eman (nama seperti dalam fon aku)..

Assalam mir,selamt merdka raya n maap luar n dalam..ehehe..kerja lg ka? Bju raya brapa psg?wrna apa?byk ka dpt kumpul duit?hehe..sbuk nj tya kan..haish..blik asrama ble?ni yg pntg nk tya..blik asrma n0 brp?

pemilik harta karun: mesej ni best sebab banyak soalan yang diajukan (aku kan selalu menjadi buruan paparazzi) yang buat aku suka nak jawab..paling penting dia tak lupa wish merdeka sekali..patriotik ni..bangga cikgu sejarah dia..hehe..thanks, ayob (nama seperti dalam fon aku)..

Tima kacih amir!, Slamat Hari Raya Aidilfitri, maaf fizikal dan psikologikal!

pemilik harta karun: mesej ni best sebab dia buat aku psiko sepanjang raya..hehe..thanks, harere (nama seperti dalam fon aku)..

SeiRing SaLaM SeHaRum GaNja,
KaSih DiBeRi SeHeNing WHiSKY,
DgN Hati SePutiH SYABU,
WaLaUPun aDa DoSa SeKeCiL EXtacy..MAAF D PiNta ZAHiR & BATiN...SLMT HARi RAYA MAAF ZAHIR BATIN-dari Sdr. Hikmal..:-D

pemilik harta karun: mesej ni best sebab saya budak baik dan saya tak paham apa yang dia tulis..haha..thanks, ikmal (nama seperti dalam fon aku)

Selamat hari raya aidilfitri!moga raya dsambut meriah!
jika sayang ibu bapa,pandu lambat asal selamat^^
jika rindu steph sentiasa,jemput dia makn ketupat.XP

pemilik harta karun: mesej ni best sebab aku tak habis-habis nak gelak sorang-sorang time dapat mesej ni..haha (dah nak start dah)..thanks,stephanie (nama seperti dalam fon aku)

sebenarnya mesej yang kawan-kawan aku yang lain hantar pun best jugak..mati ar aku nak salin sebijik-sebijik kan kat dalam post aku kali ni..best part tahun ni is majority yang hantar mesej kat aku mesti akan sertakan sekali nama penghantar kat bahagian hujung mesej..contohnya,"selamat hari raya dari shaifulamir, tunang, dan keluarga"..sila abaikan contoh ini..

boleh tuju lagu..?

saya tujukan lagu ni buat semua kawan-kawan saya yang rindu akan saya (bajet gila) dan juga buah hati saya dengan ucapan..
jika ada yang bilang ku lupa kau
jangan kau dengar
jika ada yang bilang ku tak setia
jangan kau dengar
bila ada yang bilang ku tak baik
jangan kau dengar
bila ada yang bilang ku berubah
jangan kau dengar
jika kau tak percaya padaku
sedihnya aku
jika kau lebih dengar mereka
sakit hatiku
karena ku cinta kau

sekian sahaja..sampai ketemu lagi dalam post akan datang..terima kasih sebab sudi baca..

p/s: tersalah hantar mesej wish raya kat satu nombor ni..rupa-rupanya wrong number..tapi tuan dia tak marah pun cuma cuak lah coz aku hantar mesej macam dah lama kenal..haha..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

housemanship at hospital kulim..!

HOD..!

MBBS UniSZA..!