jalan-jalan cari kerja..!

assalamualaikum..apa khabar kalian semua (wah bajet macam ramai je yang baca)..hehe..
beberapa hari tak update blog sebab pergi mengubat hati nan lara..hehe..kesiannya..dan baru je beberapa hari tinggal ramai dah yang berkenan nak menginap kat blog aku..kurang asam jawa..
eh hang ni pathogens kan..? nyah hang dari sini..aku tak mau hang dok goyang kaki toxins or enzymes kat harta karun aku ni..hehe..
normal flora takpa..hampa boleh dok berapa lama yang hampa suka kat sini..confirm markah continuous assessment microbiology aku paling tinggi nanti..hehe..
hari ini anda bersama hos anda dalam rancangan jalan-jalan cari makan kerja..saya nak bawak anda semua menjelajah ke serata tempat yang pernah saya cuba untuk mencari kerja sepanjang sebulan ini..jom..
kerja kilang..dah 2 kali aku mintak tapi tak berhasil..yang kali kedua tu dah lah aku kena tipu..call aku cakap pukul 10 pagi nak mai ambik aku tapi last-last boleh pulak call balik cakap ada problem..penat aku bersiap..hmm..
kerja kat agensi pelancongan..dah siap isi borang lagi..pastu dia cakap nanti dia call..dengar perkataan call aku tau mesti depa takkan call punya lah..memang betul sampai la ni tak call-call..hmm..
kerja kat shopping mall..aku ada nak apply kerja kat bahagian peralatan mainan..terlepas cakap la pulak yang aku ni nak sambung belajar balik bulan 9 ni kat tauke dia..apa punya turr..memang confirm ar tak dapat..hmm..
hari tu aku ada pergi kelab golf kulim coz aku ada baca kat internet yang ada kilang buat interview kerja kosong kat situ..aku pusing satu kelab golf tu..hampeh..takdak pun..buat penat je..hmm..
semalam aku pergi isi borang kat shell..hmm..positif..esok aku start..doakan aku ye..kalau aku tahan aku kerja..kalau tak tahan, aku berhenti..haha..

sekian sahaja..bertemu lagi di hari dan waktu yang sama dalam rancangan jalan-jalan cari kerja..producer mana payment aku..?

p/s: sayangilah diri sendiri..terokailah kekuatan diri..lakukanlah apa yang boleh anda lakukan..

BAIK DIJADIKAN TELADAN
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!