walimah orang..!

Assalamualaikum. Hai.




Lama tak menulis blog. A lot of things happened lately. So bersedialah nak baca apa yang aku tulis dan hadap gambar-gambar yang aku upload.




Sekarang ini dalam surgical department. Haruslah masuk dewan bedah. Muka aku sebelum dan selepas assist operation. Motif?




Banyak undangan kahwin aku dapat spend time untuk pergi. This one is my BFF first poster paed punya wedding. Pakai serba putih ni feeling suci.

 


This one pulak wedding juniors (aku pernah cakap ke dengan pengantin aku pun tak sure). Pengantin tengah bersuap kek maka kita ambil swafoto dulu.




Next rombongan ke Selama, Perak memenuhi undangan kahwin pelajar kesayangan fakulti. But now she dah jadi kesayangan husband pulak.

 


Menadah tangan berdoa ialah definisi freestyle dalam masjid. Lulz. Untunglah ada doa yang dah termakbul. Yang belum termakbul tu belum tiba masanya lagi don't worry.




Muka precall dan postcall attending wedding couple batchmate. Pak cik kat belakang photobomb. Tapi sumpah masjid putra subhanallah cantik. Pink lagi.




Tugas non batchmate ialah untuk jadi photographer kepada gambar ini. We all witnessed their love story which finally happy ending. So sweet.




Nak upload jugak gambar ini sebab aku block muka naveen sementara faiza kena bersin singgah. Lulz. Semua pakat rabat naik atas pelamin.



Hypothesis accepted when this newly wed came to attend their another batchmate's wedding. By the way lawa angle selfie husband saharah. Oppsss.




Next kembara ke bumi kelantan (dah banyak kali gila aku jejak kaki kat kelantan) pulak untuk witness kisah cinta jumpa zaman belajar jugak. Awat cheq 5 taun kat terengganu tak jumpak sapa-sapa?



Habis cerita kahwin orang. First time dapat tengok bola kat stadium. Padahal dulu zaman belajar teringin nak tengok bola sebab stadium dekat sangat tapi tak berkesempatan pun.




Oh ya aku akan private segala macam akaun media sosial yang aku ada (termasuk blog ini) untuk next few months atas sebab-sebab tertentu (okay aku tau takdak orang kisah pun haha).




Last but not least, aku rasa sekarang dah sampai seru untuk cari teman hidup. Skipping the boyfriend material to go straight to husband material. Bye.


THANK YOU

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!