Itinerary Kuala Lumpur - Hatyai - Koh Lipe

Assalamualaikum. Hai.




Pada 26 September sehingga 28 September yang lalu saya berpeluang travel secara solo ke Thailand. Lokasi pilihan adalah Hatyai dan Koh Lipe.

26 September 2017




0705H - 1235H: KL Sentral - Padang Besar dengan menaiki ETS. Harga tiket RM76. Dalam ETS ada soket 3 pin jadi manfaatkan untuk charge powerbank dan handphone. Di Stesen Keretapi Padang Besar ada kafe jadi saya makan tengahari dulu sementara tunggu train. Harga makanan RM9.

1600H - 1700H: Padang Besar - Hat Yai dengan menaiki Padang Besar Hatyai Shuttle Train. Harga Tiket RM10.




Tapi keretapi yang saya naik ini tak boleh nak buka tingkap. Baru ingat nak feeling hindustan. Hajat tak kesampaian.




Check in Cathay Guest House pada harga THB276 (approximately RM35) semalam. Untuk seorang duduk saya rasa takda masalah.




Beli Simkad Happy Tourist pada harga THB299 (approximately RM38) dapat 4.5gb internet with 8 days unlimited internet.




Makan malam di Maliam Restaurant Muslim Food. Makan nasi putih, tom yam ayam dan air teh o ais pada harga THB150 (approximately RM19). Tapi tomyam dia warna putih. Namun masih pedas dan sedap. Jalan-jalan sekitar night market pada sebelah malam. Beli souvenirs T-shirt dan fridge magnets. Total THB1000 (approximately RM128).

27 September 2017




0900H - 1100H: Hat Yai - Pak Bara dengan menaiki minibus. Harga tiket pergi dan balik THB1200 (approximately RM153) termasuk dalam pakej ke Koh Lipe.



Pak Bara entrance.



Jeti tempat menunggu speed boat.




Bila sampai di Pak Bara kena bayar entrance fee THB20 (approximately RM2) sebelum boleh masuk ke jeti untuk menaiki speed boat.




1145H - 1315H: Pak Bara - Koh Lipe dengan menaiki speed boat.




Speed boat akan hantar ke jeti kecil berdekatan dengan Sunrise Beach.




Then kena naik long tail boat untuk landing ke Koh Lipe pada harga THB50 (approximately RM6).




Peta tunjuk jalan The Walking Street.




Laluan untuk ke The Walking Street adalah di belakang kawasan sekolah ini. Memang sampai-sampai sahaja boleh terus nampak sekolah ini. Betapa pentingnya pendidikan hatta di tengah pantai sekalipun.




Dari Sunrise Beach saya hanya berjalan kaki sahaja untuk check in Lantern Inn pada harga THB800 (approximately RM102) semalam. Laluan saya guna melalui The Walking Street.












Petang itu pergi jalan-jalan di Pattaya Beach sambil layan before sunset view. Ikut laluan The Walking Street sahaja untuk sampai ke sana. Pattaya Beach betul-betul di penghujung The Walking Street.




Permulaan The Walking Street.














Dan ini pengakhiran The Walking Street.

Selepas dah puas beach walk, saya jalan-jalan di sepanjang The Walking Street. Boleh cari makanan, souvenirs, massage dan macam-macam lagi. Terdapat 7eleven dan mesin-mesin ATM yang beroperasi 24jam. Perkhidmatan kesihatan juga disediakan seperti klinik dan pharmasi (doktor sangat). Pastikan mempunyai insurans.




Coconut ice cream.




Dan jangan lupa rasa ais krim nyiok dia yang memang syiok pada harga THB60 (approximately RM7). Pada sebelah malam saya hanya makan stok makanan yang dibawa sendiri sahaja.

28 September 2017




Kopi itu saya bancuh sendiri.




Sarapan memang sudah termasuk dalam pakej penginapan.






Selepas sarapan, saya terus ke Sunrise Beach untuk berangkat pulang. Sambil menunggu long tail boat, boleh ambil view Sunrise Beach dulu.










0930H - 1100H: Koh Lipe - Pak Bara dengan menaiki long tail boat pada harga THB50 (approximately RM6) then seterusnya baru naik speed boat.




View Koh Lipe dari jeti kecil. Dekat sahaja sebab itu ada perkhidmatan long tail boat.

1130H - 1300H: Pak Bara - Hatyai dengan menaiki minibus.




Makan tengahari di Hamid Restaurant Hatyai. Rasa macam berada di kedai nasi kandar sambil pesanan diambil menggunakan Bahasa Melayu. Makan nasi goreng pattaya, sup kosong dan air milo ais pada harga THB105 (approximately RM13).






Selepas makan terus gerak ke Hat Yai Railway Station dengan menaiki Tuk Tuk pada harga THB100 (approximately RM12). Sebenarnya walking distance sahaja tetapi sebab dah sampai sini haruslah merasa naik Tuk Tuk.




1400H - 1500H: Hat Yai - Padang Besar dengan menaiki taxi pada harga THB1200 (approximately RM153) sebab tiket train dah habis. Dari stesen keretapi ke stesen teksi dengan menaiki moto.



Jadi mohon kasi peluang untuk jadi bos sekejap kat belakang.




Taxi hanya hantar sampai ke sempadan Thailand-Malaysia. Selepas itu naik moto untuk ke Stesen Keretapi Padang Besar pada harga THB50 (approximately RM6). Sebenarnya walking distance sahaja. Tapi sebab hujan renyai-renyai maka saya pilih untuk naik moto.




1655H - 2255: Padang Besar - KL Sentral dengan menaiki ETS pada harga RM102.

Addendum

ETS

1. Boleh beli tiket ETS secara online dan print eTicket.
2. Ada kafe, tandas dan surau yang selesa dan bersih. Kakitangan pun mesra pelanggan. Memang fantastic servis persis flight.
3. Boleh pilih Coach C sekiranya mahu senang access ke kafe, tandas dan surau.
4. Boleh pilih row 10-11 sekiranya mahu tempat duduk menghadap satu sama lain. Kalau datang berseorangan better jangan pilih row ini sebab nanti krik krik krik bertentang mata dengan orang depan. Haha.
5. Saya pergi menggunakan ETS Gold (banyak stesen berhenti) dan balik menggunakan ETS Platinum (kurang stesen berhenti).

Imigresen

1. Sampai di Padang Besar kena melalui imigresen Malaysia terlebih dahulu sebelum imigresen Thailand.
2. Pastikan isi Borang Imigresen (White Card) departure dan arrival. Borang boleh dapat dari one lady di situ. Saya bawa pen sendiri dari rumah untuk lebih mudah nak isi.
3. Pastikan sudah ada tempat tinggal di Thailand supaya boleh diisi dalam White Card. Kalau belum ada saya rasa tiada masalah untuk isi sahaja mana-mana hotel.

Padang Besar Hatyai Shuttle Train

1. Tiket boleh dibeli di Tingkat 1 Stesen Keretapi Padang Besar (bersebelahan dengan imigresen). Duit Malaysia mahupun Thailand diterima.
2. Hanya ada 2 sesi perjalanan sahaja. Sesi pagi dan sesi petang.
3. Saya cadangkan bila sampai di Hatyai terus beli tiket balik ke Padang Besar supaya tidak habis bila beli last minute.

Money Exchange

1. Orang kata lebih baik tukar duit di Malaysia.
2. Di Padang Besar, boleh tukar duit dengan one lady (same lady who give you the White Card). Mati-mati saya ingat ada specific kaunter untuk tukar duit.
3. Di Hatyai mahupun Koh Lipe bersepah tempat tukar duit. Rate range from 7.70 to 7.80. Jadi, kena pandai cari.

Penginapan

1. Saya menempah penginapan melalui Trivago. Bila check in baru bayar.
2. Tiada masalah rasanya untuk cari penginapan ad hoc. Tapi sebab saya jenis rasa secure bila dah booking awal-awal.
3. Jangan lupa bawa traveller adapter sebab soket plug kita berbeza.
4. Sebab menginap di tempat bajet yang tidak disediakan seterika, maka saya sudah siap-siap bawa sendiri traveller iron.

Simkad

1. Di Hatyai bersepah kedai telekomunikasi yang menjual simkad.
2. Guna nombor passport untuk pengaktifan.

Makanan

1. Mudah untuk cari makanan halal di sekitar Hatyai.
2. Di Koh Lipe pun sama cuma saya tak berani nak masuk makan sebab anjing banyak di kawasan sekitar.
3. Saya bawa bekal maggi, oat krunch, roti twiggies, mentos dan air mineral. Jadi boleh makan dalam bilik untuk alas perut (Baca: Jimat).
4. Jangan lupa bawa paracetamol (ok fine panadol) dan plaster luka juga in case diperlukan.

Jalan-jalan di Hatyai

1. Semuanya walking distance sahaja. Traffic lights pun mesra pejalan kaki.
2. Saya jalan-jalan di shopping malls dan juga night market di situ.
3. Makanan pun banyak dijual di sepanjang jalan cuma saya tak berani nak makan. Tak berani bukan disebabkan tidak yakin dengan status halal tetapi disebabkan benda lain. Semua orang ada pandangan masing-masing.

Pengangkutan

1. Tuk tuk dan moto taxi merupakan pengangkutan awam utama dan mudah didapati.
2. Terdapat juga van dan taxi tapi pastinya harga lebih mahal.
3. Sebab semuanya walking distance jadi saya pilih untuk banyakkan berjalan kaki.

Tiket ke Koh Lipe

1. Sekitar Hatyai banyak je yang menjual tiket pergi balik ke Koh Lipe.
2. Saya beli di tempat penginapan saya Cathay Guest House.
3. So akan ada 2 tiket. Satu minibus ke Pak Bara dan satu lagi speed boat ke Koh Lipe.
4. Bila sampai di Pak Bara, boleh tunjukkan tiket tersebut di kaunter check in nanti akan ditukar kepada que number untuk naik speed boat.

Pantai-pantai di Koh Lipe

1. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di Koh Lipe. Tapi sebab saya datang secara solo jadi saya pilih hanya untuk tinggal semalaman dan berjalan-jalan di sekitar pantai dan The Walking Street.
2. Terdapat 3 pantai iaitu Sunrise, Sunset dan Pattaya Beach. Semuanya walking distance antara satu sama lain dihubungkan dengan The Walking Street.

Keselamatan

1. Sebab saya ini jenis letak handphone dan wallet di poket belakang, kawan saya dah pesan awal-awal untuk letak di poket hadapan seluar untuk mengelakkan penyeluk saku.
2. Pesan dia lagi, wallet dan passport diletakkan pada tempat yang berasingan supaya kalau hilang salah satu masih ada satu lagi.
3. Gopro stick juga boleh dijadikan senjata sekiranya berasa terancam.
4. Anjing-anjing di sana sangat banyak tetapi jinak. Cuma kena sentiasa berhati-hati.
5. Saya selalu keep in touch dengan whatsapp group family supaya mereka tahu saya berada di mana pada satu-satu masa.
6. Dan juga update di media sosial supaya in case ada kejadian yang tak diingini berlaku mereka tahu mana nak cari.

Solat

1. Saya guna app Iman dan ubah settings ke Muslim World League untuk waktu solat.
2. Fungsi kiblat pun ada sekali.
3. Saya bawa sejadah sendiri supaya lebih bersih untuk solat.
#donedakwah

Mesin ATM

1. Pastikan kad ATM sudah diaktifkan untuk pengeluaran di luar negara. Saya pengguna maybank hanya guna maybank2u intuk pengaktifan.
2. Di Thailand memang tidak ada maybank. Familiar bank yang ada ialah CIMB.
3. Pengeluaran wang di mesin ATM memang dikenakan caj extra up to RM12 setiap pengeluaran.

Be a good Malaysian

1. I had made a good friend with this one Thai lady during our journey from Hatyai to Koh Lipe. In fact, she be my translator whenever I want to talk to local people or whenever the announcement made in local language.
2. Bila mana ada orang offer sesuatu, boleh tolak dengan cara baik (yakni smile).
3. Be polite and give priority to elderly.

Self Photographer

1. Guna gopro dan pilih mode video+photo. Jadi automatik akan rakam video dan pada masa yang sama ambil gambar.
2. Lihat keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum nak letakkan gopro with tripod stand.
3. Contoh hasil gambar-gambar yang diambil secara candid seperti di bawah.






























THANK YOU

Comments

Popular posts from this blog

MBBS UniSZA..!

housemanship at hospital kulim..!

medical student di hospital kulim..!